Assalamualaikum.
Alhamdulillahh masih berkesempatan untuk menulis lagi di waktu ini.. tak sangka blog ni wujud lagi. Ingatkan google dah hapuskan terus sebab memang dah berkurun lamanya dah tak update apa apa. hahaaa!! Sepanjang kesenyapan aku ni memacam perkara sudah terjadi dengan hidup ku.. yang penting semua nya membahagiakan.. ecehh!!
Salah satu sebab senyap dulu dulu tu sebab sibuk buat preparation nak kawen la u ollss.. takde la sibuk mana sebab semua buat sikit sikit dan bukan la last minute sangatt.. tapi hati ni kan asek laa dok risau pikir itu ini sampai tak boleh fokus buat benda lain.. elehh alasan sangat kan. hahaaa!! dan bila hampir hampir dengan majlis perkahwinan tu memang la super duper busy. rasa kalau boleh nak tambah lagi jumlah kaki dan tangan yang dah sedia ada ni. heheww!
Majlis aku tu aku pilih buat time birthday aku 14.02.2015. Birthday yang ke 27 tahun. huuu rasa tua je kannn.. hahaa!! Alhamdulillahh.. majlis berjalan dengan lancar dan semuanya dah selamat. Side lelaki pulak majlis nya pada 01.03.2015. Pun sama jugak semua went well.. syukur. Gambar gambar majlis malas la nak letak kat sini. boleh gituuu?? hahaaa! Pelik la perangai aku sekarang.. boleh menyampah tengok gambar gambar sendiri pulakk. terasa huduh sana sini.. owhh whyy..???
Sebab apa nak tau aku perangai pelik cenggituuu?? selalu nya berselfie memang la kegemaran no satu. haa itu mungkin sebab pembawakann kot. hahaaa!! Lepas sebulan kawen aku dapat tau aku pregnant. wiwiwiiwieee.. memang sebelum kawen lagi plan nak dapat anak cepat cepat sebab umur pun dah nak dekat 30.. whattt 30?? uiii.. haa sebab tu nak cepat cepattt.. tapi tak tersangka dek diri sendiri boleh tercepat itu.. heheww.. memang tanjat sangat gugurl time tu. Excited nya tu even lambat period sehari pun dah terus cek guna pregnancy test tu.. dannnn tak disangka sangka terus je double line.. aku beli prenancy test tu online jee.. dah memang jenis aku sangat lah tu semua nya kalau boleh nak beli online je. hahaa!!
Ofcourseee bila ko dah tengok double line tu ko rasa eh betul ke benda ni.. first yang aku tunjuk result tu dekat makcik aku yang paling kamcing.. siap whatsapp dia lagi result tu. aku cakap betul ke tak ni. dan dia pun bagi gambar result pregnancy test dia time pregnant sepupu aku dulu, zahra. takde beza sangat second line blur lagiii.. sama.. dan dia pun buat test tu time lewat dua hari period. aku pulak lewat sehari. tak jauh la sangat beza tu kann.. (kitorang berdua ni memang jenis yang over excited kot. hahaa) aku buat pregnancy test tu time bangun pagi. seben pun tido lagi time tu. tak kejut dia lagi. tapi da start nanges sensoranggg.. touching lebihh.. hahaa!!
Then aku pun kejut dia. aku bagitau dia aku dah buat pregnancy test. aku ada bagitau dia period aku dah lewat sehari dan sebelum tu pun ada symptom symptom pelik la dengan badan aku ni. Aku tanya ofismate aku yang baru pregnant jugak, time sebelum pregnant dia ada tak rasa macam aku rasa ni. dia cakap ada.. lagi la berkobar kobar semangat aku nak cek kannnn. hahhh lepas seben aku bangun dari tido tu aku suruh dia tengok result test aku tu. dia cakap bagitau jela positive ke negative. aku cakap tengok la sendiriii.. booo.. hahaa!! dia tengok then tanya aku canne nak tau result benda ni. hahaaa!! teruss aku tunjuk plastik yg ada cara cara baca resutl test. satu garis apa maksud. dua garis apa maksud. takde garis apa maksud. spontan bila dah tau tu dia cakap.. MENGANDONG NIHHH!
Lepas tu aku terus lagi rasa nak nangesss..seben aku cakap first dia rasa bersyukur sebab dia takde masalah untuk menjadi seorang bapak.. second dia rasa bersyukur sebab bakal jadi bapak. aku punnn bersyukur sesangattt yang aku ni boleh mengandunggg wehh.. mostly pempuan semua lepas kawen itulahh perkara yang amat dirisaukan. betul takk?? seben aku cakap tak payah laa nak nangess dahh.. dah rezeki kita dapat anak awall.. heh dia ingat asal aku nanges sebab sedihh jekee.. pempuan ni happy pun dia nanges laa cik abang oii. hahaa!! lepas tu bermacam macam la kata kata peringatan yang aku dapat dari encik seben.. jaga baby elok elok, jangan makan yang bukan bukan, sembahyang, baca alquran selalu dan macam macam lagii laa.. baikla suami ku. zzZZzZZZ.. hahaaa!!
Sekarang usia kandungan aku dah cecah 4bulan pun.. Alhamdulillah takde alahan yang teruk. takde muntah muntah.. Allah permudahkan semua nyaa lagipun seben pun dok jauh kann.. cuma sekarang rasa cepat penat, selalu lapar dengan asek la mengantok nyaa. tak pernah la pi ofiss tersengguk sengukk mengantukk tapiii pregnant ni merasa la kesenggukann ittewwww! Bila tahan rasa mengantuk mula la kepala start peningggggg.. dan lagi aku dapat la merasa apa itu sakit gigi iaitu selama sepanjang hayat aku tak penah lagi merasa sakit gigi. uwwwaaaa hazabb sangattt wehhh.. kekadangg tak boleh tidur malam. rupa nya gigi bongsu aku berlubanggg.. dentist cakap gigi bongsu selalunya memang terus dorang cabut je sebab gigi bongsu takde function sangat pon. hah itu buat aku seriau. lama dah kot tak cabut gigiii u ollssss.. last time sekolah rendah time misi datang cek kat sekolah tu. aritu first trimester memang tak boleh cabut lagi. ni dah masuk second trimester dentist cakap dah boleh cabut gigi yang berlubang tu... tapiiii sampai sekarang aku tak boleh nak decide lagi.. nak cabut ke takkk.. sakit ni kekadang ada kekadang takdeee.. yang time ada tu la adoiiiii ko tanggung la hazab nyeee.. aku cakap kat seben aku lepas puasa la baru cabut. tengok la nanti canne. hahaaa!!
In shaa Allah.. due aku nanti 26.11.2015.. huu tak sangka kawen awal tahunn.. hujung tahunn nak beranak dahh.. haa itu laa kita nii semua tahu merancangg je.. yang pasti apa pun nanti Allah jua yang tentukan segalanyaa.. Alhamdulillahh Allah makbulkan doa aku yang nak anak cepat cepatt.. sekarang ni takde la beli apa apa lagi barang baby.. just banyak survey survey je dulu.. ofcouse survey online kannn.. alahaiii geram je tengok barang baby kan.. semua nya cute cute.. tak sabar je nak click button BUY tuu.. heheww..! tapi kena sabar kan dulu laa.. sebab orang orang tua cakap tak elok beli awal awal sangat kann. nanti masuk 6 bulan baru start beli sikit sikit kottt..
Hopefully semua nya dipermudahkann.. nebess jugak dengar cerita dan experience kengkawan time dorang beranakkkkkk tu u ollsss. huuu! Sekarang ni selalu doa jela harap harap semua selamat nanti. Buat masa ni Alhamdulillah baby sihat.. mummy baby pun bertambah sihat.. semua benda nak makan sebab tak mabuk kan.. layan la tekak orang cakap tengah mengidam macam macam ni kann.. nasib baik tak ngidam pelik pelikk.. huhu. okiee hope lepas ni makin rajin la menulis kat blog ni. tetiba rasa nak aktif balik. huhu.. kalau rajin nanti aku letak gambar kawennn tauu tauu.. okbye!
p/s : hope tak bosan baca sebab semua tulisan semata takde gambar langsung. :p
Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v