Friday, June 26, 2015

Puasa ibu mengandung


Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke sembilan kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah setakat ni belum ponteng puasa lagi. hehee! 

Sebelum start puasa hari tu risau jugak kann dan selalu tanya diri sendiri bolek ke tak aku puasa ni. Dah la sebelum puasa tu memang la makan macam hapee.. pagi wajib ambek heavy breakfast.. masuk pukul 11 dah start rasa lapar.. pukul satu lunch cecepat nak makan sebab lapar sangat.. selalu lunch memang wajib ambek nasi. bila petang jee dah start rasa lapar balikkk.. itu pun ada jugak selingan mengunyah apa yang ada atas meja opis ni. selalu aku makan kismis laa. tak pun buah delima. malam pun dulu di awal pregnant mesti nak makan nasi jugak. tapiii berat badan naik dengan jaya nyaa.. so control makan la. malam tak ambek nasi dahh.. malam aku makann bihun sup je. tekak ni time mengandung suka benda benda bersup pulak. ok la kot bagi aku dari ambek nasi pagi petang malam. hahahaa!

Okie sekarang cite time first day puasa.. huu macam weak jugak la. seben dah cakap awal awal kalau tak larat berbuka jela. jangan paksa diri. tapi tula nak try jugakk puasa.. dalam pukul 11 macam tu dah rasa lain macam sikit. tak lapar tapi macam kepala ada pusing daaa.. heheww.. cecepat sapu minyak cap kapak, letak kat kepala sikit. hidung sikitt bagi bauu minyak cap kapak tu. lepas tu rest kejapp.. then diri rasa lebih ok.. tak lupa jugak dah pesan kat baby, bagitau baby mummy nak puasa. baby kena sabar jangan cepat lapar. hehee.. kengkawan yang dah ada pengalaman mengandung time bulan puasa yang ajar nanti nak puasa cakap la dengan baby tu. in shaa Allah boleh puasa dengan jayanya.. 

Bila puasa time mengandung ni, sahur adalah sangat penting. time bujang dulu memang la tak selalu bangun sahur.. hishh teruk kan. dah hilang pahala bersahur.. sebab dulu kalau bersahur selalu bangun pagi tu sakit perut. tak tau lah kenapaaa.. Bila mengandung ni memang dah set dalam kepala awal awal aku wajib kena bangun sahur. sebab kesian kat baby nanti teruk sangat lapar nyaa dan kena jaga keadaan diri aku jugak. kang tak pepasal pitammmm di siang harii.. Time sahur aku ambek nasi, minum susu and makan kurma. Kita orang melayu ni dalam kepala hotak mesti makan nasi baru kenyang dan boleh tahan sampai ke waktu berbuka kann.. aku salah sorang latu. takut sangat kalau tak ambek nasi kang tetiba pancit.. hehe. Ada baca yang oat paling bagus makan time sahur. lagi buat kita tak cepat lapar. tak try lagi tuu, nak try jugak la nanti sekali kann.. Pempuan mengandung dengan susu tak dapat di pisahkan. aku ni bukan la jenis yang minum susu tepung tu. cannot go okehh.. tapi sebab sayang kan baby ku gagahi jugak. susu yang boleh  masuk satu jee anmum perasa mango. nasib baik. tu pun kalau hari hari minum rasa muak jugak. hehe. hahh kurma jugak bagus kann makan time bersahur. Dulu tak suka sangat kurma sebab manisss sampai menyengat gigi. tapii now bila mengandung ni suka sangat makan kurma. lagipun kurma makanan sunnah kan.. hisshh apala pka ni tak suka kurma dulu. huhu! Alhamdulillah dengan makanan tu semua dapat la menahan diri dari lapar di siang hari. cuma lately macam cuaca panas sikit kann.. so tekak ni rasa cepat haus jee.. so bertabah jelaaaa..

Semoga mampu bertahan sampai ke akhir ramadhannn.. baby dah start buat pergerakan dalam perut mummy.. makin kerap sekarang. tak tau la sebab lapar ke apa.. sabar sikit tau sayangg.. tapi baca info time kandungan mencecah lima bulan memang baby dah start bergerak gerakkk.. first time rasa ada benda bergerak dalam perut. Ya Allah aku rasa touchinggg sangatt.. Alhamdullilah syukur ya Allah Kau beri kesempatan untuk aku merasai semua detik ini. Puasa sekarang terasa cepat kann.. tak sedar je dah sembilan hari.. now dah start survey surveyy baju raya. first time nak beraya dengan suami dan baby dalam perut.. heee.. okiee selamat berbuka semua orangg.. daaa!

p/s: yeahh tak sabar nak balik rumah parent hari ni. mesti mak masak sedap sedappp.. hehee! :)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, June 19, 2015

Pengantin Basi




Assalamualaikum.

Ada kengkawan yang request nak tengok gambar pengantin.. huu dah lama kot pengantin n. dah basi sudahh.. nak letak kat facebook or instagram gambar gambar tu nanti dorang muntah hijau pulak tengokk.. so haa tarukk kat sini jelaaa sekali harunggg.. gambar side aku and side seben jugakk.. 

13/02/2015 - Jumaat malam sabtu.. aku buat majlis bertunang dan berinai dulu.. pakai simple je and makeup sendiri. haa jangan tak tau aku ni pengantin bamm bammm.. hahaa!! puas la nak berdiet tapi selalu nya fail. hahaa..



Kengkawan kolej unikop dulu buat surprise birthday sempena birthday aku esok nyaa.. memang tak sangka sangat dorang buat surprise ni. teringat la balik zaman study dulu dulu memang dorang ni geng yang suka sangat surprise kan orang.. heheww!



 Thank you u ollsss.. sayang korang semuaaa!!!


Sabtu, 14/02/2015. Pagi tu buat majlis akad nikah dulu. dengan nekad nya aku pilih nak pakai baju color merah.. hahaa!! biar la orang cakap takde orang lagi buat ke apa kee i dont care! hahahaa!!


Memasing muka nebesss!! :p
 




 Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz dah selamat menjadi suami isteri..


Tengah hari tu pulakkk dalam pukul 12.30 diteruskan lagi dengan majlis persandingan..









Terima kasihh kepada semua famili sedara mara kengkawan yang hadir dan yang banyak menyumbangkan tenaga untuk majlis we ollsss.. 


Petang tu lepas majlis bersanding terus pegi photoshoot outdoor.. muka tak semenggahh dahhh.. penat gilaaa dah time tu. tapi gagahh kan diri jugak sebab nak settle kann semuaa jugak aritu.. esok nyaa boleh kemas rumah then rehatt.. huhu!



Mekasehhh photographer aka jiran sebelah rumahh.. suka sangat hasill semua gambarr.. tapi gambar yang aku attach kat sini campur campur laa.. gambar yang helok terang clear of course dari photographer.. gambar yang kurang resolution tu dari camera handphone jee.. cedok sini sana dari koleksi kengkawann.. heheeww!


Okehhh dahh habesss.. share sikit sikit jela kann gambar nya. kang muntah ijoo pulakk memasing! hahaa! aku pun penat jugakk nehh.. huhu! Selamat berpuasa semua. choww!

p/s : Alhamdulillah semalam selamat mengharungi hari pertama puasa. baby tak buat hal sangat. mummy je pening kepala sikit.

Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Tuesday, June 16, 2015

Kita merancang tapi Allah menentukan segalanya.



Assalamualaikum.

Alhamdulillahh masih berkesempatan untuk menulis lagi di waktu ini.. tak sangka blog ni wujud lagi. Ingatkan google dah hapuskan terus sebab memang dah berkurun lamanya dah tak update apa apa. hahaaa!! Sepanjang kesenyapan aku ni memacam perkara sudah terjadi dengan hidup ku.. yang penting semua nya membahagiakan.. ecehh!!

Salah satu sebab senyap dulu dulu tu sebab sibuk buat preparation nak kawen la u ollss.. takde la sibuk mana sebab semua buat sikit sikit dan bukan la last minute sangatt.. tapi hati ni kan asek laa dok risau pikir itu ini sampai tak boleh fokus buat benda lain.. elehh alasan sangat kan. hahaaa!! dan bila hampir hampir dengan majlis perkahwinan tu memang la super duper busy. rasa kalau boleh nak tambah lagi jumlah kaki dan tangan yang dah sedia ada ni. heheww! 

Majlis aku tu aku pilih buat time birthday aku 14.02.2015. Birthday yang ke 27 tahun. huuu rasa tua je kannn.. hahaa!! Alhamdulillahh.. majlis berjalan dengan lancar dan semuanya dah selamat.  Side lelaki pulak majlis nya pada 01.03.2015. Pun sama jugak semua went well.. syukur. Gambar gambar majlis malas la nak letak kat sini. boleh gituuu?? hahaaa! Pelik la perangai aku sekarang.. boleh menyampah tengok gambar gambar sendiri pulakk. terasa huduh sana sini.. owhh whyy..???

Sebab apa nak tau aku perangai pelik cenggituuu?? selalu nya berselfie memang la kegemaran no satu. haa itu mungkin sebab pembawakann kot. hahaaa!! Lepas sebulan kawen aku dapat tau aku pregnant. wiwiwiiwieee.. memang sebelum kawen lagi plan nak dapat anak cepat cepat sebab umur pun dah nak dekat 30.. whattt 30?? uiii.. haa sebab tu nak cepat cepattt.. tapi tak tersangka dek diri sendiri boleh tercepat itu.. heheww.. memang tanjat sangat gugurl time tu. Excited nya tu even lambat period sehari pun dah terus cek guna pregnancy test tu.. dannnn tak disangka sangka terus je double line.. aku beli prenancy test tu online jee.. dah memang jenis aku sangat lah tu semua nya kalau boleh nak beli online je. hahaa!!

Ofcourseee bila ko dah tengok double line tu ko rasa eh betul ke benda ni.. first yang aku tunjuk result tu dekat makcik aku yang paling kamcing.. siap whatsapp dia lagi result tu. aku cakap betul ke tak ni. dan dia pun bagi gambar result pregnancy test dia time pregnant sepupu aku dulu, zahra. takde beza sangat second line blur lagiii.. sama.. dan dia pun buat test tu time lewat dua hari period. aku pulak lewat sehari. tak jauh la sangat beza tu kann.. (kitorang berdua ni memang jenis yang over excited kot. hahaa) aku buat pregnancy test tu time bangun pagi. seben pun tido lagi time tu. tak kejut dia lagi. tapi da start nanges sensoranggg.. touching lebihh.. hahaa!!

Then aku pun kejut dia. aku bagitau dia aku dah buat pregnancy test. aku ada bagitau dia period aku dah lewat sehari dan sebelum tu pun ada symptom symptom pelik la dengan badan aku ni.  Aku tanya ofismate aku yang baru pregnant jugak, time sebelum pregnant dia ada tak rasa macam aku rasa ni. dia cakap ada.. lagi la berkobar kobar semangat aku nak cek kannnn. hahhh lepas seben aku bangun dari tido tu aku suruh dia tengok result test aku tu. dia cakap bagitau jela positive ke negative. aku cakap tengok la sendiriii.. booo.. hahaa!! dia tengok then tanya aku canne nak tau result benda ni. hahaaa!! teruss aku tunjuk plastik yg ada cara cara baca resutl test. satu garis apa maksud. dua garis apa maksud. takde garis apa maksud. spontan bila dah tau tu dia cakap.. MENGANDONG NIHHH! 

Lepas tu aku terus lagi rasa nak nangesss..seben aku cakap first dia rasa bersyukur sebab dia takde masalah untuk menjadi seorang bapak.. second dia rasa bersyukur sebab bakal jadi bapak. aku punnn bersyukur sesangattt yang aku ni boleh mengandunggg wehh.. mostly pempuan semua lepas kawen itulahh perkara yang amat dirisaukan. betul takk?? seben aku cakap tak payah laa nak nangess dahh.. dah rezeki kita dapat anak awall.. heh dia ingat asal aku nanges sebab sedihh jekee.. pempuan ni happy pun dia nanges laa cik abang oii. hahaa!! lepas tu bermacam macam la kata kata peringatan yang aku dapat dari encik seben.. jaga baby elok elok, jangan makan yang bukan bukan, sembahyang, baca alquran selalu dan macam macam lagii laa.. baikla suami ku. zzZZzZZZ.. hahaaa!!

Sekarang usia kandungan aku dah cecah 4bulan pun.. Alhamdulillah takde alahan yang teruk. takde muntah muntah.. Allah permudahkan semua nyaa lagipun seben pun dok jauh kann.. cuma sekarang rasa cepat penat, selalu lapar dengan asek la mengantok nyaa. tak pernah la pi ofiss tersengguk sengukk mengantukk tapiii pregnant ni merasa la kesenggukann ittewwww! Bila tahan rasa mengantuk mula la kepala start peningggggg.. dan lagi aku dapat la merasa apa itu sakit gigi iaitu selama sepanjang hayat aku tak penah lagi merasa sakit gigi. uwwwaaaa hazabb sangattt wehhh.. kekadangg tak boleh tidur malam. rupa nya gigi bongsu aku berlubanggg.. dentist cakap gigi bongsu selalunya memang terus dorang cabut je sebab gigi bongsu takde function sangat pon. hah itu buat aku seriau. lama dah kot tak cabut gigiii u ollssss.. last time sekolah rendah time misi datang cek kat sekolah tu. aritu first trimester memang tak boleh cabut lagi. ni dah masuk second trimester dentist cakap dah boleh cabut gigi yang berlubang tu... tapiiii sampai sekarang aku tak boleh nak decide lagi..  nak cabut ke takkk.. sakit ni kekadang ada kekadang takdeee.. yang time ada tu la adoiiiii ko tanggung la hazab nyeee.. aku cakap kat seben aku lepas puasa la baru cabut. tengok la nanti canne. hahaaa!!

In shaa Allah.. due aku nanti 26.11.2015.. huu tak sangka kawen awal tahunn.. hujung tahunn nak beranak dahh.. haa itu laa kita nii semua tahu merancangg je.. yang pasti apa pun nanti Allah jua yang tentukan segalanyaa.. Alhamdulillahh Allah makbulkan doa aku yang nak anak cepat cepatt.. sekarang ni takde la beli apa apa lagi barang baby.. just banyak survey survey je dulu.. ofcouse survey online kannn.. alahaiii geram je tengok barang baby kan.. semua nya cute cute.. tak sabar je nak click button BUY tuu.. heheww..! tapi kena sabar kan dulu laa.. sebab orang orang tua cakap tak elok beli awal awal sangat kann. nanti masuk 6 bulan baru start beli sikit sikit kottt..

Hopefully semua nya dipermudahkann.. nebess jugak dengar cerita dan experience kengkawan time dorang beranakkkkkk tu u ollsss. huuu! Sekarang ni selalu doa jela harap harap semua selamat nanti. Buat masa ni Alhamdulillah baby sihat.. mummy baby pun bertambah sihat.. semua benda nak makan sebab tak mabuk kan.. layan la tekak orang cakap tengah mengidam macam macam ni kann.. nasib baik tak ngidam pelik pelikk.. huhu. okiee hope lepas ni makin rajin la menulis kat blog ni. tetiba rasa nak aktif balik. huhu.. kalau rajin nanti aku letak gambar kawennn tauu tauu.. okbye!

p/s : hope tak bosan baca sebab semua tulisan semata takde gambar langsung. :p


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!