Monday, March 14, 2016

SURIRUMAH SEPENUH MASA




 Assalamualaikum

*Dah lama simpan dalam draft lupa nak publishkan adehh!

Hari ini 14 March 2016 secara rasminya mummy menjadi seorang surirumah sepenuh masa.  Mummy nekad berhenti kerja walaupun ramai yang cakap dengan mummy jangan berhenti. Soalan paling famous mummy terima, tak sayang ke berhenti kerja. Jawapan mummy, mummy lagi sayang qaleesya dengan daddy. Mummy dah biasa duduk jauh dengan daddy. Sejak sebelum kawen.. mummy ok je, dah kawen pun mummy maintain ok walaupun ramai yang cakap tak best kawen tapi duduk jauh.. memang la ada jugak datang perasaan sedih semua tu tapi mummy boleh lawan. lepas tu mummy mengandungkan qaleesya.. mummy tetap ok. Alhamdulillah maybe sebab daddy jauh Allah senangkan proses mengandungkan qaleesya. Mummy takde morning sickness tu semua.  

Sampailaa akhirnya Mummy melahirkan Qaleesya.. Bermula la perasaan tidak ok mummy bila berjauhan dengan daddy. Satu perasaan yang mummy susah nak jelaskan. Mungkin mummy menjadi terlampau sensitif selepas melahirkan qaleesya.  Kalau boleh mummy nak daddy ada 24 jam depan mata mummy.  Qaleesya pulak lepas dua hari dilahirkan doctor sahkan ada jaundice. Mummy kena ulang alik klinik dan disebabkan bacaan kuning qaleesya semakin meningkat qaleesya kena masuk ward. Time tu mummy sedih sangat. Mummy kesian sangat qaleesya hari hari kena cucuk dengan nurse. Mummy tak boleh dengar qaleesya nanges time kena cucuk tu, mummy mesti join qaleesya nanges sekali. Time tu mummy memang down sangat hari hari mummy nanges, mummy salahkan diri mummy sebab qaleesya kena kuning tu. Mummy  tak boleh ada berdua je dengan qaleesya time tu, air mata mummy dengan sendirinya mengalir keluar.  Daddy boleh cuti seminggu je lepas tu kena balik kerja. Mummy sedih lagi.

Tapi tiap hujung minggu daddy balik tengok qaleesya. Mummy selalu menghitung hari tunggu daddy balik. Mummy selalu cakap dekat daddy qaleesya rindu daddy padahal mummy yang rindu daddy. Alhamdullilah qaleesya makin sihat.. dan bila makin besar qaleesya dah mula pandai meragam bila lama tak jumpa daddy. Bila dah jumpa daddy tiba tiba daddy takde mesti qaleesya  merengek je. Mummy kena tiru style daddy dukung qaleesya, style daddy tidurkan qaleesya baru lah qaleesya ok sikit. Mummy pun kesian sangat tengok daddy selalu kena ulang alik.. daddy nampak penat. Dah la banyak kerja, bila banyak kerja mesti kena balik lambat dan terus kena gerak balik Kuantan.  Lama lama macam tu mummy pikir benda macam ni tak boleh diteruskan. mummy kena duduk dekat dengan daddy ni. qaleesya pun kena ada dengan daddy selalu.

Bila daddy ajak mummy pindah duduk dengan daddy terus je mummy setuju. Mummy tak kisah dah kerja ke tak. Daddy cakap in shaa Allah ada tu rezeki lain kat tempat baru nanti. Mummy pun pikiir tak kisah la kalau tak dapat kerja lagi, mummy boleh jaga qaleesya sendiri dan mummy boleh masakkan untuk daddy. Ya Allah sepanjang setahun lebih kawen ni mummy tak sempat lagi masakkan untuk daddy. Kesian daddy.  mummy harap bila dah jadi suri rumah ni mummy boleh jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu yang baik untuk daddy dan qaleesya. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin

p/s : nanti qaleesya dah pandai baca hope dia jumpa blog mummy ni :)
Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

No comments:

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!