Assalamualaikum
*Dah lama simpan dalam draft lupa nak publishkan adehh!
*Dah lama simpan dalam draft lupa nak publishkan adehh!
Hari ini 14 March 2016 secara
rasminya mummy menjadi seorang surirumah sepenuh masa. Mummy nekad berhenti kerja walaupun ramai
yang cakap dengan mummy jangan berhenti. Soalan paling famous mummy terima, tak
sayang ke berhenti kerja. Jawapan mummy, mummy lagi sayang qaleesya dengan
daddy. Mummy dah biasa duduk jauh dengan daddy. Sejak sebelum kawen.. mummy ok
je, dah kawen pun mummy maintain ok walaupun ramai yang cakap tak best kawen
tapi duduk jauh.. memang la ada jugak datang perasaan sedih semua tu tapi mummy
boleh lawan. lepas tu mummy mengandungkan qaleesya.. mummy tetap ok.
Alhamdulillah maybe sebab daddy jauh Allah senangkan proses mengandungkan
qaleesya. Mummy takde morning sickness tu semua.
Sampailaa akhirnya Mummy
melahirkan Qaleesya.. Bermula la perasaan tidak ok mummy bila berjauhan dengan
daddy. Satu perasaan yang mummy susah nak jelaskan. Mungkin mummy menjadi
terlampau sensitif selepas melahirkan qaleesya.
Kalau boleh mummy nak daddy ada 24 jam depan mata mummy. Qaleesya pulak lepas dua hari dilahirkan
doctor sahkan ada jaundice. Mummy kena ulang alik klinik dan disebabkan bacaan kuning
qaleesya semakin meningkat qaleesya kena masuk ward. Time tu mummy sedih
sangat. Mummy kesian sangat qaleesya hari hari kena cucuk dengan nurse. Mummy tak
boleh dengar qaleesya nanges time kena cucuk tu, mummy mesti join qaleesya
nanges sekali. Time tu mummy memang down sangat hari hari mummy nanges, mummy
salahkan diri mummy sebab qaleesya kena kuning tu. Mummy tak boleh ada berdua je dengan qaleesya time
tu, air mata mummy dengan sendirinya mengalir keluar. Daddy boleh cuti seminggu je lepas tu kena
balik kerja. Mummy sedih lagi.
Tapi tiap hujung minggu daddy balik
tengok qaleesya. Mummy selalu menghitung hari tunggu daddy balik. Mummy selalu
cakap dekat daddy qaleesya rindu daddy padahal mummy yang rindu daddy. Alhamdullilah
qaleesya makin sihat.. dan bila makin besar qaleesya dah mula pandai meragam
bila lama tak jumpa daddy. Bila dah jumpa daddy tiba tiba daddy takde mesti qaleesya merengek je. Mummy kena tiru style daddy
dukung qaleesya, style daddy tidurkan qaleesya baru lah qaleesya ok sikit. Mummy
pun kesian sangat tengok daddy selalu kena ulang alik.. daddy nampak penat. Dah
la banyak kerja, bila banyak kerja mesti kena balik lambat dan terus kena gerak
balik Kuantan. Lama lama macam tu mummy pikir
benda macam ni tak boleh diteruskan. mummy kena duduk dekat dengan daddy ni. qaleesya
pun kena ada dengan daddy selalu.
Bila daddy ajak mummy pindah duduk dengan daddy terus je mummy setuju. Mummy tak kisah dah kerja ke tak. Daddy cakap in shaa Allah ada tu rezeki lain kat tempat baru nanti. Mummy pun pikiir tak kisah la kalau tak dapat kerja lagi, mummy boleh jaga qaleesya sendiri dan mummy boleh masakkan untuk daddy. Ya Allah sepanjang setahun lebih kawen ni mummy tak sempat lagi masakkan untuk daddy. Kesian daddy. mummy harap bila dah jadi suri rumah ni mummy boleh jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu yang baik untuk daddy dan qaleesya. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin

p/s : nanti qaleesya dah pandai baca hope dia jumpa blog mummy ni :)