Assalamualaikum.
Pagi ni tempat keje aku gempar dengan berita seorang staff kena rompak.. ya Allah..!! kesian sangat.. aku pon ada tengok keadaan dia. luka sana sini. kejam betul orang tu. hati da kering sangat sampai tegamak dia ketuk kepala staff tu dengan spanar. bayangkan lahhh... dugaan hebat untuk dia di bulan puasa ni. dengan raya nya dah makin hampir ni..
bukan setakat dicederakan je.. purse (dalam tu ada duet rm500, kad-kad bank, ic), handphone.. dengan kereta dia pon perompak tu bawak larii.... kejadian berlaku di pintu rumah ya kawan-kawan.. sewaktu dia nak keluar pergi kerja.. walaupon hilang barang-barang berharga tapi yang lagi penting ada satu perkara yang tiada nilainya.. NYAWA. alhamdulillah dia hanya di cederakan tanpa perompak tu bertindak melakukan perkara yang lebih dasyat lagi. korang bayangkan lahh sendiri.. dan satu lagi.. satu perkara yang seorang perempuan sangat lindungi.. kawan-kawan pon tau kann..??? alhamdulillah masih terpelihara...
so kawan-kawan berhati-hatilah walau dimana korang berada.. sekarang rumah pon dah tak selamat tauu.. aku pon kena mengingatkan diri sendiri ni.. rasa risau sangat menguasai diri. semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi diri ini, keluarga, dan kawan-kawan jugakkk..
untuk staff tersebut semoga anda tabah menghadapi dugaan ini.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kann... aku kat sini mendoakan kamu boleh teruskan hidup dengan bahagia dan sejahtera kelak.. untuk perompak semoga anda sedar dengan cepat sebelum terlambat untuk bertaubat! Allah pasti membalas semua perbuatan kauuu tuuu...
p/s : suram je suasana kat office ari ni :((
14 comments:
semoga dia okeh2 saja.
sue : tula. harap dia okeh dan tabah.
tergamaknye perompak tu..haishhh. bulan puasa pon nk buat keje terkutuk tu. hope staff tu x trauma la lepas nie dan kita semua kena hati2 ^^
isk kesiannya :(
semoga mendapat balasan setimpal dariNYA!
cik rongoks : kann. bulan puasa pon tergamak buat kerja camtu. :(
fatrina : ya. semoga perompak tu dapat balasan di dunia ni lagi.
dahsyatnye.....jhat gle perompak 2....nsb bek kwn pka xde pape kan...alhamdillah la...
gumiho princess : tula. yg penting nyawa dan maruah.
alahai kesian nyer..
semoga beliau cepat sembuh..
mmg teruk btl perompak..
mrs. eady : memang sangat kesian. tak sampai hati nak tengok :(
dyabunga : perompak tu sangat kejam.
Penjenayah sekarang mmg makin kejam kan . semoga staff tu kuat dan bersabar dengan dugaan ni .
ngatan untuk sy juga :)
fizafantagiro : jom kita ingat mengigati. dunia sekarang sgt bahaya kann.
Takutnyer :((
Take Care Dear ^_^
queen qifa : thanx awak :))
Post a Comment