Monday, March 14, 2016

SURIRUMAH SEPENUH MASA




 Assalamualaikum

*Dah lama simpan dalam draft lupa nak publishkan adehh!

Hari ini 14 March 2016 secara rasminya mummy menjadi seorang surirumah sepenuh masa.  Mummy nekad berhenti kerja walaupun ramai yang cakap dengan mummy jangan berhenti. Soalan paling famous mummy terima, tak sayang ke berhenti kerja. Jawapan mummy, mummy lagi sayang qaleesya dengan daddy. Mummy dah biasa duduk jauh dengan daddy. Sejak sebelum kawen.. mummy ok je, dah kawen pun mummy maintain ok walaupun ramai yang cakap tak best kawen tapi duduk jauh.. memang la ada jugak datang perasaan sedih semua tu tapi mummy boleh lawan. lepas tu mummy mengandungkan qaleesya.. mummy tetap ok. Alhamdulillah maybe sebab daddy jauh Allah senangkan proses mengandungkan qaleesya. Mummy takde morning sickness tu semua.  

Sampailaa akhirnya Mummy melahirkan Qaleesya.. Bermula la perasaan tidak ok mummy bila berjauhan dengan daddy. Satu perasaan yang mummy susah nak jelaskan. Mungkin mummy menjadi terlampau sensitif selepas melahirkan qaleesya.  Kalau boleh mummy nak daddy ada 24 jam depan mata mummy.  Qaleesya pulak lepas dua hari dilahirkan doctor sahkan ada jaundice. Mummy kena ulang alik klinik dan disebabkan bacaan kuning qaleesya semakin meningkat qaleesya kena masuk ward. Time tu mummy sedih sangat. Mummy kesian sangat qaleesya hari hari kena cucuk dengan nurse. Mummy tak boleh dengar qaleesya nanges time kena cucuk tu, mummy mesti join qaleesya nanges sekali. Time tu mummy memang down sangat hari hari mummy nanges, mummy salahkan diri mummy sebab qaleesya kena kuning tu. Mummy  tak boleh ada berdua je dengan qaleesya time tu, air mata mummy dengan sendirinya mengalir keluar.  Daddy boleh cuti seminggu je lepas tu kena balik kerja. Mummy sedih lagi.

Tapi tiap hujung minggu daddy balik tengok qaleesya. Mummy selalu menghitung hari tunggu daddy balik. Mummy selalu cakap dekat daddy qaleesya rindu daddy padahal mummy yang rindu daddy. Alhamdullilah qaleesya makin sihat.. dan bila makin besar qaleesya dah mula pandai meragam bila lama tak jumpa daddy. Bila dah jumpa daddy tiba tiba daddy takde mesti qaleesya  merengek je. Mummy kena tiru style daddy dukung qaleesya, style daddy tidurkan qaleesya baru lah qaleesya ok sikit. Mummy pun kesian sangat tengok daddy selalu kena ulang alik.. daddy nampak penat. Dah la banyak kerja, bila banyak kerja mesti kena balik lambat dan terus kena gerak balik Kuantan.  Lama lama macam tu mummy pikir benda macam ni tak boleh diteruskan. mummy kena duduk dekat dengan daddy ni. qaleesya pun kena ada dengan daddy selalu.

Bila daddy ajak mummy pindah duduk dengan daddy terus je mummy setuju. Mummy tak kisah dah kerja ke tak. Daddy cakap in shaa Allah ada tu rezeki lain kat tempat baru nanti. Mummy pun pikiir tak kisah la kalau tak dapat kerja lagi, mummy boleh jaga qaleesya sendiri dan mummy boleh masakkan untuk daddy. Ya Allah sepanjang setahun lebih kawen ni mummy tak sempat lagi masakkan untuk daddy. Kesian daddy.  mummy harap bila dah jadi suri rumah ni mummy boleh jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu yang baik untuk daddy dan qaleesya. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin

p/s : nanti qaleesya dah pandai baca hope dia jumpa blog mummy ni :)
Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, July 13, 2015

Stress nak beli baju raya!


Assalamualaikum.

Wahh tinggal berapa hari je lagii ramadhan nak melabuhkan tirainya.. rasa sekejap sangat masa berlalu. Alhamdulillah aku yang mak buyong ni pun setakat ni puasa full lagi.. baby behave sangat okehh.. raya nanti kita makan sedap sedap tau sayang mummy.. hehe.

Tapiii.. bila cakap pasal raya mesti laa perkara yang selalu dalam kepala otak kita nak prepare baju raya kann.. baju baru di hari raya. masalah aku sekarang semua baju yang aku suka design nya tak sesuai untuk ibu mengandung.. bila dah suka takde size pulakk.. semua nyaa tersangkut tang perutt.. sedihh laaa.. mood raya dah jadi down sikit u ollsss..

Time mood republik datang kuantan hari tu dah beli jubah calaqisya punyaa.. aku dengan confident nya hambek size yang paling besar. dengan harapan boleh je pakai lagi even perut dah besar nanti. tapii balik rumahh rasa ya Allahh besar ya amat la pulakk.. macam gedobosss gitu. camnee ni. huuuuu!! sedih tau..

Sejak tu aku sibuk la usha dress dekat website poplook, zawara, bella amara semua tu.. takde size kottt.. semua yang design cantek dah kena rembatt okehh.. lagi rasa nak nangess.. lepas tu housemate ajak pi shoppingg.. pi laa butik zawara, padieka, megamall, ecm tetap jugak tiada yang berkenan di hati. ada pun kess yang sama takde size. stressssss!!!!!

Tak putus asa lagi tu mencari, tetap jugak nak cari baju baruu.. takkan takde baju baru u ollss, dah lahh first time nak beraya dengan sebennn.. hehee.. last sekali aku usha lagi kat poplook. kebetulan ada keluar new design. not bad la. dress jenis ada button kat depan. boleh buat baju untuk senang brestfeeding nanti. dulu boleh la gagah lagi pakai size L.. lanii kena hambek size XL.. aku siap beli dengan shawl lagi.. match kan terus senang.. beli pun shawl yang tengah ada offer. murahh! hahaa.. berdoa sangat dalam hati hope baju tu sampai sebelum raya laa.. 

Alhamdulillahh.. sampaii pun hari ni. terus pi test tadi. omaigaddd ngam ngamm jeee tang perut tu. satgiii perut besar lagii memang takleh nak pakai dalaa.. jadi laa u ollss asal ada baju baru di hari raya.. boleh la mak buyong melaram sikitt kann.. mood nak melaram dah mai balik laa kot.. tu pun sebab hari raya. kalau tak selebett habisss. hahaa! tapii macam nak cari baju lagi sepasang laaa.. sebab lepas seminggu raya tu ada wedding kawan pulakk.. rasanya yang lama lama pun dah tak berapa nak muat dah kot. badan dah naik. ada jugak la alasan nak bershoppinggg. hehe..

Okiee..  dah puas hati membebel. baju raya pun boleh buat stresss!! hahaaa..

p/s : aritu beli barut baby.. parcel dah sampai ofis. tapiii tak sampai ke tangan ni. sape la yang terambek baru babyku itu.. pulangkan laaaaa.. huuuu!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, June 26, 2015

Puasa ibu mengandung


Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke sembilan kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah setakat ni belum ponteng puasa lagi. hehee! 

Sebelum start puasa hari tu risau jugak kann dan selalu tanya diri sendiri bolek ke tak aku puasa ni. Dah la sebelum puasa tu memang la makan macam hapee.. pagi wajib ambek heavy breakfast.. masuk pukul 11 dah start rasa lapar.. pukul satu lunch cecepat nak makan sebab lapar sangat.. selalu lunch memang wajib ambek nasi. bila petang jee dah start rasa lapar balikkk.. itu pun ada jugak selingan mengunyah apa yang ada atas meja opis ni. selalu aku makan kismis laa. tak pun buah delima. malam pun dulu di awal pregnant mesti nak makan nasi jugak. tapiii berat badan naik dengan jaya nyaa.. so control makan la. malam tak ambek nasi dahh.. malam aku makann bihun sup je. tekak ni time mengandung suka benda benda bersup pulak. ok la kot bagi aku dari ambek nasi pagi petang malam. hahahaa!

Okie sekarang cite time first day puasa.. huu macam weak jugak la. seben dah cakap awal awal kalau tak larat berbuka jela. jangan paksa diri. tapi tula nak try jugakk puasa.. dalam pukul 11 macam tu dah rasa lain macam sikit. tak lapar tapi macam kepala ada pusing daaa.. heheww.. cecepat sapu minyak cap kapak, letak kat kepala sikit. hidung sikitt bagi bauu minyak cap kapak tu. lepas tu rest kejapp.. then diri rasa lebih ok.. tak lupa jugak dah pesan kat baby, bagitau baby mummy nak puasa. baby kena sabar jangan cepat lapar. hehee.. kengkawan yang dah ada pengalaman mengandung time bulan puasa yang ajar nanti nak puasa cakap la dengan baby tu. in shaa Allah boleh puasa dengan jayanya.. 

Bila puasa time mengandung ni, sahur adalah sangat penting. time bujang dulu memang la tak selalu bangun sahur.. hishh teruk kan. dah hilang pahala bersahur.. sebab dulu kalau bersahur selalu bangun pagi tu sakit perut. tak tau lah kenapaaa.. Bila mengandung ni memang dah set dalam kepala awal awal aku wajib kena bangun sahur. sebab kesian kat baby nanti teruk sangat lapar nyaa dan kena jaga keadaan diri aku jugak. kang tak pepasal pitammmm di siang harii.. Time sahur aku ambek nasi, minum susu and makan kurma. Kita orang melayu ni dalam kepala hotak mesti makan nasi baru kenyang dan boleh tahan sampai ke waktu berbuka kann.. aku salah sorang latu. takut sangat kalau tak ambek nasi kang tetiba pancit.. hehe. Ada baca yang oat paling bagus makan time sahur. lagi buat kita tak cepat lapar. tak try lagi tuu, nak try jugak la nanti sekali kann.. Pempuan mengandung dengan susu tak dapat di pisahkan. aku ni bukan la jenis yang minum susu tepung tu. cannot go okehh.. tapi sebab sayang kan baby ku gagahi jugak. susu yang boleh  masuk satu jee anmum perasa mango. nasib baik. tu pun kalau hari hari minum rasa muak jugak. hehe. hahh kurma jugak bagus kann makan time bersahur. Dulu tak suka sangat kurma sebab manisss sampai menyengat gigi. tapii now bila mengandung ni suka sangat makan kurma. lagipun kurma makanan sunnah kan.. hisshh apala pka ni tak suka kurma dulu. huhu! Alhamdulillah dengan makanan tu semua dapat la menahan diri dari lapar di siang hari. cuma lately macam cuaca panas sikit kann.. so tekak ni rasa cepat haus jee.. so bertabah jelaaaa..

Semoga mampu bertahan sampai ke akhir ramadhannn.. baby dah start buat pergerakan dalam perut mummy.. makin kerap sekarang. tak tau la sebab lapar ke apa.. sabar sikit tau sayangg.. tapi baca info time kandungan mencecah lima bulan memang baby dah start bergerak gerakkk.. first time rasa ada benda bergerak dalam perut. Ya Allah aku rasa touchinggg sangatt.. Alhamdullilah syukur ya Allah Kau beri kesempatan untuk aku merasai semua detik ini. Puasa sekarang terasa cepat kann.. tak sedar je dah sembilan hari.. now dah start survey surveyy baju raya. first time nak beraya dengan suami dan baby dalam perut.. heee.. okiee selamat berbuka semua orangg.. daaa!

p/s: yeahh tak sabar nak balik rumah parent hari ni. mesti mak masak sedap sedappp.. hehee! :)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, June 19, 2015

Pengantin Basi




Assalamualaikum.

Ada kengkawan yang request nak tengok gambar pengantin.. huu dah lama kot pengantin n. dah basi sudahh.. nak letak kat facebook or instagram gambar gambar tu nanti dorang muntah hijau pulak tengokk.. so haa tarukk kat sini jelaaa sekali harunggg.. gambar side aku and side seben jugakk.. 

13/02/2015 - Jumaat malam sabtu.. aku buat majlis bertunang dan berinai dulu.. pakai simple je and makeup sendiri. haa jangan tak tau aku ni pengantin bamm bammm.. hahaa!! puas la nak berdiet tapi selalu nya fail. hahaa..



Kengkawan kolej unikop dulu buat surprise birthday sempena birthday aku esok nyaa.. memang tak sangka sangat dorang buat surprise ni. teringat la balik zaman study dulu dulu memang dorang ni geng yang suka sangat surprise kan orang.. heheww!



 Thank you u ollsss.. sayang korang semuaaa!!!


Sabtu, 14/02/2015. Pagi tu buat majlis akad nikah dulu. dengan nekad nya aku pilih nak pakai baju color merah.. hahaa!! biar la orang cakap takde orang lagi buat ke apa kee i dont care! hahahaa!!


Memasing muka nebesss!! :p
 




 Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz dah selamat menjadi suami isteri..


Tengah hari tu pulakkk dalam pukul 12.30 diteruskan lagi dengan majlis persandingan..









Terima kasihh kepada semua famili sedara mara kengkawan yang hadir dan yang banyak menyumbangkan tenaga untuk majlis we ollsss.. 


Petang tu lepas majlis bersanding terus pegi photoshoot outdoor.. muka tak semenggahh dahhh.. penat gilaaa dah time tu. tapi gagahh kan diri jugak sebab nak settle kann semuaa jugak aritu.. esok nyaa boleh kemas rumah then rehatt.. huhu!



Mekasehhh photographer aka jiran sebelah rumahh.. suka sangat hasill semua gambarr.. tapi gambar yang aku attach kat sini campur campur laa.. gambar yang helok terang clear of course dari photographer.. gambar yang kurang resolution tu dari camera handphone jee.. cedok sini sana dari koleksi kengkawann.. heheeww!


Okehhh dahh habesss.. share sikit sikit jela kann gambar nya. kang muntah ijoo pulakk memasing! hahaa! aku pun penat jugakk nehh.. huhu! Selamat berpuasa semua. choww!

p/s : Alhamdulillah semalam selamat mengharungi hari pertama puasa. baby tak buat hal sangat. mummy je pening kepala sikit.

Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Tuesday, June 16, 2015

Kita merancang tapi Allah menentukan segalanya.



Assalamualaikum.

Alhamdulillahh masih berkesempatan untuk menulis lagi di waktu ini.. tak sangka blog ni wujud lagi. Ingatkan google dah hapuskan terus sebab memang dah berkurun lamanya dah tak update apa apa. hahaaa!! Sepanjang kesenyapan aku ni memacam perkara sudah terjadi dengan hidup ku.. yang penting semua nya membahagiakan.. ecehh!!

Salah satu sebab senyap dulu dulu tu sebab sibuk buat preparation nak kawen la u ollss.. takde la sibuk mana sebab semua buat sikit sikit dan bukan la last minute sangatt.. tapi hati ni kan asek laa dok risau pikir itu ini sampai tak boleh fokus buat benda lain.. elehh alasan sangat kan. hahaaa!! dan bila hampir hampir dengan majlis perkahwinan tu memang la super duper busy. rasa kalau boleh nak tambah lagi jumlah kaki dan tangan yang dah sedia ada ni. heheww! 

Majlis aku tu aku pilih buat time birthday aku 14.02.2015. Birthday yang ke 27 tahun. huuu rasa tua je kannn.. hahaa!! Alhamdulillahh.. majlis berjalan dengan lancar dan semuanya dah selamat.  Side lelaki pulak majlis nya pada 01.03.2015. Pun sama jugak semua went well.. syukur. Gambar gambar majlis malas la nak letak kat sini. boleh gituuu?? hahaaa! Pelik la perangai aku sekarang.. boleh menyampah tengok gambar gambar sendiri pulakk. terasa huduh sana sini.. owhh whyy..???

Sebab apa nak tau aku perangai pelik cenggituuu?? selalu nya berselfie memang la kegemaran no satu. haa itu mungkin sebab pembawakann kot. hahaaa!! Lepas sebulan kawen aku dapat tau aku pregnant. wiwiwiiwieee.. memang sebelum kawen lagi plan nak dapat anak cepat cepat sebab umur pun dah nak dekat 30.. whattt 30?? uiii.. haa sebab tu nak cepat cepattt.. tapi tak tersangka dek diri sendiri boleh tercepat itu.. heheww.. memang tanjat sangat gugurl time tu. Excited nya tu even lambat period sehari pun dah terus cek guna pregnancy test tu.. dannnn tak disangka sangka terus je double line.. aku beli prenancy test tu online jee.. dah memang jenis aku sangat lah tu semua nya kalau boleh nak beli online je. hahaa!!

Ofcourseee bila ko dah tengok double line tu ko rasa eh betul ke benda ni.. first yang aku tunjuk result tu dekat makcik aku yang paling kamcing.. siap whatsapp dia lagi result tu. aku cakap betul ke tak ni. dan dia pun bagi gambar result pregnancy test dia time pregnant sepupu aku dulu, zahra. takde beza sangat second line blur lagiii.. sama.. dan dia pun buat test tu time lewat dua hari period. aku pulak lewat sehari. tak jauh la sangat beza tu kann.. (kitorang berdua ni memang jenis yang over excited kot. hahaa) aku buat pregnancy test tu time bangun pagi. seben pun tido lagi time tu. tak kejut dia lagi. tapi da start nanges sensoranggg.. touching lebihh.. hahaa!!

Then aku pun kejut dia. aku bagitau dia aku dah buat pregnancy test. aku ada bagitau dia period aku dah lewat sehari dan sebelum tu pun ada symptom symptom pelik la dengan badan aku ni.  Aku tanya ofismate aku yang baru pregnant jugak, time sebelum pregnant dia ada tak rasa macam aku rasa ni. dia cakap ada.. lagi la berkobar kobar semangat aku nak cek kannnn. hahhh lepas seben aku bangun dari tido tu aku suruh dia tengok result test aku tu. dia cakap bagitau jela positive ke negative. aku cakap tengok la sendiriii.. booo.. hahaa!! dia tengok then tanya aku canne nak tau result benda ni. hahaaa!! teruss aku tunjuk plastik yg ada cara cara baca resutl test. satu garis apa maksud. dua garis apa maksud. takde garis apa maksud. spontan bila dah tau tu dia cakap.. MENGANDONG NIHHH! 

Lepas tu aku terus lagi rasa nak nangesss..seben aku cakap first dia rasa bersyukur sebab dia takde masalah untuk menjadi seorang bapak.. second dia rasa bersyukur sebab bakal jadi bapak. aku punnn bersyukur sesangattt yang aku ni boleh mengandunggg wehh.. mostly pempuan semua lepas kawen itulahh perkara yang amat dirisaukan. betul takk?? seben aku cakap tak payah laa nak nangess dahh.. dah rezeki kita dapat anak awall.. heh dia ingat asal aku nanges sebab sedihh jekee.. pempuan ni happy pun dia nanges laa cik abang oii. hahaa!! lepas tu bermacam macam la kata kata peringatan yang aku dapat dari encik seben.. jaga baby elok elok, jangan makan yang bukan bukan, sembahyang, baca alquran selalu dan macam macam lagii laa.. baikla suami ku. zzZZzZZZ.. hahaaa!!

Sekarang usia kandungan aku dah cecah 4bulan pun.. Alhamdulillah takde alahan yang teruk. takde muntah muntah.. Allah permudahkan semua nyaa lagipun seben pun dok jauh kann.. cuma sekarang rasa cepat penat, selalu lapar dengan asek la mengantok nyaa. tak pernah la pi ofiss tersengguk sengukk mengantukk tapiii pregnant ni merasa la kesenggukann ittewwww! Bila tahan rasa mengantuk mula la kepala start peningggggg.. dan lagi aku dapat la merasa apa itu sakit gigi iaitu selama sepanjang hayat aku tak penah lagi merasa sakit gigi. uwwwaaaa hazabb sangattt wehhh.. kekadangg tak boleh tidur malam. rupa nya gigi bongsu aku berlubanggg.. dentist cakap gigi bongsu selalunya memang terus dorang cabut je sebab gigi bongsu takde function sangat pon. hah itu buat aku seriau. lama dah kot tak cabut gigiii u ollssss.. last time sekolah rendah time misi datang cek kat sekolah tu. aritu first trimester memang tak boleh cabut lagi. ni dah masuk second trimester dentist cakap dah boleh cabut gigi yang berlubang tu... tapiiii sampai sekarang aku tak boleh nak decide lagi..  nak cabut ke takkk.. sakit ni kekadang ada kekadang takdeee.. yang time ada tu la adoiiiii ko tanggung la hazab nyeee.. aku cakap kat seben aku lepas puasa la baru cabut. tengok la nanti canne. hahaaa!!

In shaa Allah.. due aku nanti 26.11.2015.. huu tak sangka kawen awal tahunn.. hujung tahunn nak beranak dahh.. haa itu laa kita nii semua tahu merancangg je.. yang pasti apa pun nanti Allah jua yang tentukan segalanyaa.. Alhamdulillahh Allah makbulkan doa aku yang nak anak cepat cepatt.. sekarang ni takde la beli apa apa lagi barang baby.. just banyak survey survey je dulu.. ofcouse survey online kannn.. alahaiii geram je tengok barang baby kan.. semua nya cute cute.. tak sabar je nak click button BUY tuu.. heheww..! tapi kena sabar kan dulu laa.. sebab orang orang tua cakap tak elok beli awal awal sangat kann. nanti masuk 6 bulan baru start beli sikit sikit kottt..

Hopefully semua nya dipermudahkann.. nebess jugak dengar cerita dan experience kengkawan time dorang beranakkkkkk tu u ollsss. huuu! Sekarang ni selalu doa jela harap harap semua selamat nanti. Buat masa ni Alhamdulillah baby sihat.. mummy baby pun bertambah sihat.. semua benda nak makan sebab tak mabuk kan.. layan la tekak orang cakap tengah mengidam macam macam ni kann.. nasib baik tak ngidam pelik pelikk.. huhu. okiee hope lepas ni makin rajin la menulis kat blog ni. tetiba rasa nak aktif balik. huhu.. kalau rajin nanti aku letak gambar kawennn tauu tauu.. okbye!

p/s : hope tak bosan baca sebab semua tulisan semata takde gambar langsung. :p


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Tuesday, February 4, 2014

CUBA KAWAL PERASAAN



Assalamualaikum..

Blog ku dah bersawang mungkinn.. dah lama tak menjenguk di sini. banyak komitmen lain kata nyeee.. rindu jugak nak menulisss.. terutamanya time cengginii.. time tengah beremosi sangat. rasa nak marahhhh.. nak hangin satu badan.. rasa nak menangisss. semualahhh ada.

faktor aku anak sulung jugak sangat mempengaruhi keadaan ini. aku je nak betul semua, aku je nak menangggg dalam apa sahaja situasi sekalipun. tapi perasaan sendiri menjerit kenapa orang di sana tak boleh mengeluarkan perkataan yang lebih sedap di dengar.. takde la aku tersentap macam ni. bagaikan aku ni dengan sahaja nya melakukan perkara sedemikian. boleh tak dia tolong berfikiran rasional sikit. ke aku yang tak rasioanl sekaranggg.. syaitan sedang merasuk diri.

tapiii aku tak mahu  mencipta konflik.. tak ingin mencipta pergaduhann.. aku mengalahhh dalam tak hendak sebenarnyaa.. akhirnyaaa memakan diri sendiri. yang ketika ini.. rasa benganggg. yang ketika ini rasa marahhh..!! perangai aku ke ni??

aku marah dengan kata kata kauuu.. aku  bengang sebab kau tak tau aku tengah marah ni.. ahhhh!! biarkannn.. syaitann tengah merasuk sekarang ni..!! tapi nasib baekk sempat jugak berfikir sejenak.. tidak melawan kata kata kau kembali. kalau tak mesti dah mencipta satu perbalahann.. yang mana aku sendiri jugak yang akan merasa tidak selesaaa...

duhai hatiii bertabahlahh.. nyah la setann jahanammm. jangan menghasutttt aku lagiiii!!!

feelinggg worstttt..!!
Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, June 28, 2013

Make Up Dinner


Assalamualaikum.

Lama menyepi terus nak buat promosi make up u olllssss.. 



ini kak fiza. ai make up kan dia bulan lepas untuk dinner. kakak ni menang best dress malam tu okehh.. heheee :)

so kepada sesape yang nak ai make up kannn u ollsss boleh whats app ai yeee ... 0149548286

especially kepada orang kuantan yee. sebab ai stay dekat kuantan.. huhuuuuu. harga berpatutan.. nak call terus pon boleh. 


thank you..!! ;)


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Tuesday, May 28, 2013

Update Nadhira Collections



Assalamualaikum.

selamat pagi.. tak segar nye la pagi ni.. rasa satu badan sakittt.. sobbssss :'(
tapiiii hidup mesti diteruskannn.. heheee!

ehh korang dah usha ushaaa ke blog Nadhira Collections ?? kalau da tengokk semalam.. hari ni kena tengok balik okehh.. sebab owner dah hapdate tudung dan kain cotton koleksi terbaru.. semuanya dengan harga yang berpatutann.. mampu dimiliki.. chewahhh!! huhu :)

jadi korang tengok cepat yee.. sebelum kehabisan stok.

selamat bershopping..!!

p/s : sakit belakang yang menjadi jadii.. nak duduk pon tak selesa ni.. :(




Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, May 27, 2013

JOM BELI BAJU RAYA


Assalamualaikum.

wahhhh dah lama gileeee tak hadpate belog ni.. ramai jugak la yang tegur kesian kat belog ni tak berhapdate.. orang lain pulak yang kesian kat belog kita ni tau.. diri ni tak kesian pulak kat belog sendiri kann.. sadissss.. heheeee :)

kite ni hapdateee terus nak ajak u ollsss beli baju raya.. huhuuu!!
haaa korang dah beli baju raya ke belom..?? tak lama lagi puasa kann.. tak lama lepas puasa mesti laa rayaaa... kalau nak hantar tailor jahitkan baju rayaaa kena antar awal awal ye dakk?? nanti dorang dah taknak hambek kalau antar lelambattt kannn...

jadi moh la kiteeee membeli belah baju raya dengan secepat yang mungkin... tak mau bersesak sesak bagai boleh la korang bershopping online jeee.. tekan sini klik sini klik sana dah siap. korang just tunggu posmen hantar barang kat umah jela kannn.. hahaa!!

sesape yang tak beli baju raya lagi tu jangan risau.. u ollls boleh beli baju siap boleh match dengan tudung kat sini yeee...




sekarang cuaca agak panas kann.. so u ollsss sangat sesuai la pakai kain jenis cotton sekarangg.. tak panas tak melekit bagai semua.. dekat Nadhira Collections terdapat pelbagai jenis corak dan design kain cotton yang korang boleh pilih. boleh memilih mengikut citarasa memasing okehh..



- Antara koleksi kain cotton yang terdapat di Nadhira Collections -

bagi mereka yang bertudung.. dah beli kain buat baju mesti lepas tu nak cari tudung yang matching pulak kennn.. tak perlu susah tak perlu payahhh.. korang boleh terus memilih tudung yang bersesuaian di Nadhira Collections .. sekarang kan trend tudung bertingkat tingkat tu kann.. haaa pilih pilihhhh jeee korang nak tudung yang berapa tingkattt yeee.. heheeee..!





- Antara koleksi tudung yang terdapat di Nadhira Collections -


kalau berminat boleh terus whats app / msg owner yeee... 0132668926
 atau boleh buat urusan pembelian di facebook Nadhira Collections.

okeh selamat membeli belahhh baju dan tudung rayaaa...!! :)


p/s : nantikan next hapdate ye u ollsss.. cewahh! heeee..~



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, March 18, 2013

Salahkanlah


Assalamualaikum.

bila kau nak mintak tolong kau buat muka yang paling suci depan aku.. aku time tu memang niat paling iklas nak tolong..sebab aku percaya buat baik pasti dibalas baik..kau dengan aku kenal.. kenal sangat.jadi aku kira kau takkan buat hal dengan aku.. tapi malang.. orang yang kau betul-betul anggap kenal belum pasti kau cukup kenal..bila masalah timbul dengan mudah kau menuding jari menyalahkan aku.. aku orang yang kau dengan lembut lidahnya meminta tolong itu ini.. tergamaknya kau! mentang-mentang aku takde kat tempat kejadian terus kau petik nama aku je kannn..hari-hari jumpa.. hari-hari mengadap muka kau.. kau buat tak tau je kannn.. aku ni memang sangat tak boleh tengok muka kau dahh.. canne??

kehidupan memang cemni ke haaa?? aku yakin buat baik pasti dibalas baik.. yang ko buat taik tu biar Allah je yang balas.. bahagian aku adalah nanti tu.. pasti bebalas.. tak semuanya indah tapi yang indah pasti datang..

Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, February 1, 2013

Dua Dalam Satu


Assalamualaikum..

Sabtu dan Ahad baru baru ni aku pegi kenduri kahwin lagi u ollssss... sori la kalau korang bosan dengan cita kahwin kahwin ni.. huhu.. tapi itu jelaaaa yang boleh aku cita buat masa ni.. nak cita pasal diri aku mesti korang lagi bosan punyaa.. takde ape yang menarik ponn.. hahaaa..!!

haaa.. kawan-kawan memang dah ramai setatttt kahwin.. diri ini dah mula agak menggelabah.. hahaaa! ehh takde la menggelabah sangat.. okeh okeh aje lagi ni...

hati sangat gembira bila cik wani atau kini puan hazwani telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannyaa.. chee wahhh..!! nun jauh kat sitiawan perak tu haaa kenduri die.. i ni sebagai kawan yang sangat menyapottt kengkawan kawinn datang jugak menghadirkan diri.. tapi ada orang lain la yang sanggup drive.. harapkan diri ini tidak laaa u ollsss.. ntah fobia ke hape tak tau laaa sampai ke hari niii takot lagiii nak bawak keteee.. hahaa!! lebiuuu kat orang yang drive tuu.. hehe :)



 tahniah wani.. semoga hang menjadi isteri yang solehah dunia akhiratt... sobsss.. budak kecik aku ni dah kahwinnn finally... happy for you darling... :)






tak banyak dapat hambek gambar dengan pengantin... biasa lahh pengantin kann raja dengan pemaisuri hari tuuu.. so semua la nak bergambar dengan merekaaa... dapat bergambar satu dua cukup laaa.. buat kenangan.. heheeee ;) 

hari ahad pulak.. pergi kenduri kahwin my ex lecturer time diploma.. haaa sangat excited time ni.. dapat jumpe kawan kawan lama yang dah lama tak jumpa.. happening habesss...

bila dah jumpa kengkawan gambar kitorang lagi banyak laaa dari gambar pengantin jadinyeee.. huhu ;) alaaaa.. pengantin sibuk laaa.. hahaa alasannn sangat.. eh tapi betol okie pengantin mesti laa jadi tumpuan utama untuk bergambar bersamaaa...kannnn..???



selamat pengantin baru miss ros intan safinas bt munir dan pasangann.. haaa walaupon dah lama tetap ingat nama miss sebab nama miss best.. lepas tu sama sikit nama dengan mak kite... heheee

 



farah dengan baby sofea.. anak awin.. haaa mummy sofea yang nyorok sikit kat belakang tu.. hehe.. rakan sebaya dah ade dua orang anak u ollsss.. rasa sakit jantung jappp.. rasa tua pulak diri ni.. umur berapa pulak aku nak hadeee anak ni.. hahaaaa!!
 


kak nowra gojess hari tuu.. ex classmate..



 daos pon ex classmate.. tengah praktiss jadi bapak lettuuu.. hahaaa..!!



happy sangat jumpa u olllssss tau.. yang baju pink tudung warna warni tu ex lecturer, miss alia tau.. bukan ex classmate.. hehe ;)

 

 the boys dengan lecturer kesayangan.. huhu !



miss intan atau kini madam intan, dengan ini kami anak anak didik mu akan sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan rumah tangga mu dunia dan akhirat.. aminn...~ 

haaa belom habes lagii...


(tangkap gambar kat tv rumah sewa je..cenggitu lahh keadaan nyeee....huhu. sobbss.... asal kan dapat tengok zain aka amar asyraf... arghhhhh..!!! nak histeria japp.. hahaaa...!!)

eh ehhh.. tetibee ada gambar ni pulakk. haha!! korang tengok tak cita setia hujung nyawa... siyesss cita ni buat aku tersengih sorang-sorang.. haha!! haaa jangan lupa tengok tau.. minggu depan dah minggu terakhir cita ni.. ehh tepromote pulak..huhu!!


p/s : orang kalau dah ade perasaan iri hati ni susah sikitlaaaa.. penat nak layannn..!!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, January 21, 2013

BFF dah kawen..!!!

Assalamualaikum..

okehh.. kali ni nak letak banyak sikit gambar sempena best friend forever kite dah kawenn.. finally..! happy dan terharu bercampur baur.. tahniah zihah dan yus. semoga korang hidup bersama selama-lamanyaa.. tak sabar nak tunggu baby korang... ehh tetibee.. huhu ;)

tak percaya pon ade jugak.. rasa sekejap sangat je masa berlalu.. macam baru semalam duduk bergelak ketawa dekat sekolah.. sobsss sobssss.... :'(

























 






























eh ehhh.. gambar beterabur sikit.. sorry malas nak susunn.. hehe..
time kenduri zihah ni jugak dapat la jumpe kengkawan yang lama tak jumpe.. happy jumpa koranggg... asma, ani, amah, yati, zura.. :))

hati ini rasa happy sebab zihah dan jadi isteri orang.. tapi rasa sedih sebab lepas ni tak boleh nak huhaaa huhaaaa dengan zihah daahh.. jangan lupa aku wehh... huhu.. sobsssss :'(

haaa minggu ni ada lagi kawan kawen.. kali ni jauh sikit u ollsss.. dekat perak.. haaa best jugak dapat merayap ke negeri orang.. huhu.. 

p/s : tak sabar nak tengok cerita setia hujung nyawa.. sape layan cita ni.. angkat tangan cepat..! huhu ;))




Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!