Wednesday, February 15, 2012

Lembu melawat kawasan

Assalamualaikum :)

 Isu hangat kat kawasan kampung aku sekarang ni ialah masalah lembu berkeliaran tak tentu masa. siang ade malam pon ade. masalah lembu ni dah lama pon jadi kat kampung aku tapi sejak akhir-akhir ni makin teruk la pulak. mak aku seorang surirumah sepenuh masa dah ada kerja sampingan yang lain tauu. nak tau kerja ape?? kerja nya menghalau lembu tiap-tiap malam okehhhh. 

Lembu ni kalau tak jadi masalah takpe, tak kisah pon kalau para lembu tersebut nak bersiar-siar je kannn. yang sangat menjadi masalahnya para lembu tersebut meragut semua tanaman mak aku dan juga jiran tetangga yang lain. itulah perkara yang mak aku paling bengang sekali. dok kampung biasalah golongan ibu-ibu suka bercucuk tanam. cili, serai, daun kunyit, sayur-sayuran kampung mereka semua rajin tanam, boleh jimat duit dapur kan. bila nak masak senang je pergi petik kat belakang umah. tapi cuba bayangkan bila nak pegi petik tu tengok2 tanaman tu dah rosak. kita tak sempat nak rasmi lagi para lembu da rasmi dulu. manalah tak mendatangkan kebengangannnn. betol takkk???

kenapa tak buat aduan??? tula juga masalah orang kampung aku ni. kesian katanya kat tuan punya lembu, nanti dia kena denda apa bagai. kadang-kadang tuan punya lembu tak mengaku pulak tu lembu mereka. haaa nak buat macam mana kan. bukan ade cop kat dahi lembu tu nama tuan dorang kannn. hehe :)
tapi mak aku dah cakap lagi siket lembu tu buat hal memang dia nak report teros. para lembu tu bukan setakat meragut tanaman, lepas dah kenyang kan mulalah dorang nak melepaskan hajat. merata-rata pulak tuuu. kadang-kadang penuh umah aku dengan najis(sopan siket) dorang. dah tambah lagi satu kerja mak aku. kena pulak laa menyodok najis-najis dorang tu. kalau tak berbau kot.. adooiii!!

Lembu-lembu kat kampung aku gemok-gemok tauu. huhu :)


p/s: kalau ada yang curi nasib lahh kan. tuan lembu tak sayang lembu dorang latuu sebab tu tak kesah je lembu dorang berkeliaran! kannn?? kannn??


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

4 comments:

Kayu Manis said...

tuan lembu tak larat nak jaga tak..

Pka Rahim said...

tak larat nak jaga jual jela, buat korban ke. kan ok camtu. huhu :)

Cik Comey said...

Agaknya tuan lembu tu dah ada banyak sgt lembu kot..tu yang x perasan lembu dia kuar jalan2 keliling kampung...

Pka Rahim said...

haih kalau byk sgt bawak-bawak lahh sedekah kat orang kann. hehe :)

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!