Monday, February 20, 2012

Malam Pertama

Assalamualaikum :)


Malam pertama aku di rumah sewa. Haaa jangan pikir bukan-bukan ye. hehe! aku sampai rumah sewa dari petang tadi daa. pandangan pertama aku bila aku jejak kaki kat rumah sewa ni ok je laaa. housemate pon okeh-okeh je semua harap akan okeh berterusan. walaupon aku kena tidur kat ruang tamu aku tetap rasa okeh jee. huhu :) aku jadi okeh dengan semua perkara sebab dengan satu alasan yang kukuh. nak tau tak ape dia?? sebabnya aku pegi kerja dengan jalan kaki je da sampai tempat kerja.. jalan pon tak sampai lima minit. haha! da aku cita kot kat entry sebelum ni.

Aku rasa time lunch hour pon aku boleh balik solat kat rumah je.. dan ntah-ntah aku dapat melelapkan mata sekejap kot. hehe! jadi aku rasa okeh-okeh sangat buat masa sekarang. tapi aku tengah rasa berdebar-debar ni. *neves okehhh. sebab esok hari pertama aku kerja kan. tak tau lagi suasana tempat kerja macam mana. tak tau lagi officemate okeh ke takkk. apa kerja yang aku kena buat pon aku tak tau lagi ni. semuanya masih samar-samar sampai lah aku mengadap sendiri hari esok. mintak-mintaklah semuanya okehh jugak kan. Amin~

p/s: semoga aku boleh menjadi seorang pekerja yang cekap dalam menjalankan tugas yang diberi.



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

No comments:

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!