Wednesday, February 29, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

Assalamualaikum.



ok aku join segmen abg ben lagi :)

abg ben suruh cerita sikit kenapa kamu semua patut pilih belog aku. dan sebab-sebabnya blog ini semuanya mengenai diri aku dan sekeliling aku. semua entry yang aku tulis adalah cerita benar belaka tanpa direka-reka dan ditokok-tambah.

*pesanan penting abg ben:

tinggalkan pertanyaan di ruang komen, dengan ayat yang bertulis begini ..
ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “
Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..
" YA. SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA"


p/s: ok meh ramai-ramai kita bertukar link! :)


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Makin Bertambah-tambah!!

Assalamualaikum :)
Hai selamat pagi!!

29/02/2012.. istimewakan tarikh hari ni. empat tahun sekali je boleh ade tarikh macam tu. so sape2 yang nak kawen ke couple ke jangan pilih tarikh ni sebab nanti anniversary boleh sambut empat tahun sekali je. kesian kann?? tapi kalau rasa nak special sangat dan sanggup tunggu lama takpe lah. hehe :)

opsss, baru teringat minggu ni sudah minggu kedua aku menjadi kakitangan KMCSB (Kuantan Medical Center Sdn. Bhd.). minggu pertama memang lah sangat tidak banyak keje. kadang-kadang hampir tiada kerja langsung. hehe. tapi masok minggu kedua kerjaku sudah semakin bertambah yehhh. jadinya aku menjadi semakin blur dengan tugasan yang diberi. aku rasa itu situasi normal bagi petugas baru kottt. aku masih mencari-cari rentak kerja aku. 

walaupon masih blur-blur aku sangat suka dengan kerja aku sekarang. rakan sekerja pon setakat ni baik-baik je semua. mereka banyak tolong ajarkan aku macam-macam benda yang pasti aku tak tau dan tak paham. terima kasih semua!


sempat lagi berposing tu kannn. huhu!



p/s: tak sabar tunggu tugasan seterusnya. hehe :)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, February 20, 2012

Malam Pertama

Assalamualaikum :)


Malam pertama aku di rumah sewa. Haaa jangan pikir bukan-bukan ye. hehe! aku sampai rumah sewa dari petang tadi daa. pandangan pertama aku bila aku jejak kaki kat rumah sewa ni ok je laaa. housemate pon okeh-okeh je semua harap akan okeh berterusan. walaupon aku kena tidur kat ruang tamu aku tetap rasa okeh jee. huhu :) aku jadi okeh dengan semua perkara sebab dengan satu alasan yang kukuh. nak tau tak ape dia?? sebabnya aku pegi kerja dengan jalan kaki je da sampai tempat kerja.. jalan pon tak sampai lima minit. haha! da aku cita kot kat entry sebelum ni.

Aku rasa time lunch hour pon aku boleh balik solat kat rumah je.. dan ntah-ntah aku dapat melelapkan mata sekejap kot. hehe! jadi aku rasa okeh-okeh sangat buat masa sekarang. tapi aku tengah rasa berdebar-debar ni. *neves okehhh. sebab esok hari pertama aku kerja kan. tak tau lagi suasana tempat kerja macam mana. tak tau lagi officemate okeh ke takkk. apa kerja yang aku kena buat pon aku tak tau lagi ni. semuanya masih samar-samar sampai lah aku mengadap sendiri hari esok. mintak-mintaklah semuanya okehh jugak kan. Amin~

p/s: semoga aku boleh menjadi seorang pekerja yang cekap dalam menjalankan tugas yang diberi.



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Saturday, February 18, 2012

Masalah Jiwa

Assalamualaikum.
Selamat petang!

 Rasa berat hati pulak nak pegi umah sewa. Kira hari ni last la aku dok umah bersenang-lenang kan. esok hari ahad dah nak kena masok umah sewa. so senang sikit nak pegi kerja, jalan kaki tak sampai lima minit pon dah sampai tempat kerja aku. jimatkan di situ. 

Aku nak cita pasal masalah jiwa dan konflik remaja. kira aku takdelah remaja sangat kot sekarang. kenapa dorang ni suka menyusahkan mak bapak ye?? kenapa dorang suka buat sesuatu perkara tanpa berfikir baik buruknya dulu?? kenapa kalau dorang mintak belikan pape ikot suka dorang je nak mintak tanpa memikirkan ibu bapa dorang tu mampu ke tak?? kenapa dorang suka menyusahkan hati seorang ibu?? kenapa??

Orang cakap tu semua jiwa remaja , jiwa orang muda. dorang hanya pikir keseronokkan je. pikir nak enjoy je. suka mencuba segala benda yang baru ye. kalau tak cuba, rugi la.. kalau tak cuba tak remaja laa. macam tu ke?? kalau tak cuba nanti kawan-kawan taknak kawan ek??

Kadang-kadang aku sendiri tak paham. aku pon penah muda remaja, tapi aku tak paham dengan remaja hari ni. kenapa mereka makin tak terkawal?? kawan ada motor nak mak bapak belikan motor jugak. kawan ada kereta nak kereta. mintaknya kat mak bapak jugak. kenapa malas nak usaha sendiri. adakah remaja sekarang semakin manja yang menjadi-jadi?? okeh nak kereta nak motor, boleh aje dengan syarat ibu bapa korang mampu dan korang pon kena tahu menggunakan benda yang diberi sebaik mungkin. bagi ibu bapa tak mampu macam mane??? ingat senang ke mereka mencari duet untuk menyuap mulut anak-anak. sampai kadang-kadang mereka berlapar pon tak ape yang penting perut anak-anak kenyang. tapi anak-anak???


sanggup ke tengok seorang ibu menangis???


p/s: aku sedikit emosi ketika menulis entry ini!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, February 17, 2012

Jahanam!

Assalamualaikum :)
Hai!

Arini sangat penat sebab sehari suntuk uruskan segala hal berkaitan kerja baru aku tuu. walaupon penat tapi hepi :) !! 

Okeh sebenarnya nak cerita pasal belog aku sudah kucar kacir sekarang neh!! selepas ramai kawan-kawan tersayang mengkritik belog aku, dengan bangganya nak mengedit belog bagi cantik-cantik, cun-cun dan menambah baik mana yang kurang tuu. bajet macam diri ini sangat pakar dalam perihal edit mengedit. tapi malangnya baru aku sedar aku ni tak sedar diri. hehe :) sibuk sangat nak tambah ni, buang tu, last-last belog aku jadi lintang pukang.sedehh!! :'(




Hasilnya seperti yang korang nampak sekarang. apa pendapat korang??? bagi aku sangat serabot. sekian terima kasih!!

p/s: Aku privatekan belog aku semalam sampai pukul 10.30 td kot. tak tahulah korang perasan ke tak. eh eh silau lagi tak mata korang?? sori sori, aku sangat sukakan kale putih suci. hehe :)


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Thursday, February 16, 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

Assalamualaikum :)
Selamat Petang!



haaa kamu semua nampak kan ape yang aku tengah nampak ni?? header blog abg ben kann. jadi mesti kamu semua dah dapat agak kannn ape sebabnya. dan sebabnya aku terjoin lagi satu segmen yang bang ben buat. eh eh terjoin la pulak kann. hehe :)

kali ni bang ben ajak u ollss semua kritik belog aku. so aku kena bagilah sebab-sebab kenapa u ollss mesti kritik belog ku ini.

aku insan yang sangatlah mengharap kritikan dari kamu semua disebabkan ingin menambah baik blog aku ni. blog aku memang blog yang ringkas saje. kot-kot ada yang kurang berpuas hati kat mana-mana ke kan.. jadi sila bagitau sama aku.

insyaAllah dengan kritikan tersebut aku akan mengambil tindakan dengan segera untuk meningkatkan lagi mutu keunggulan blog aku yang tercinta ni. hehe :)

p/s: kritikan bersifat positif saje akan dilayan (paham tak??). sekian terima kasih!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Wednesday, February 15, 2012

Lembu melawat kawasan

Assalamualaikum :)

 Isu hangat kat kawasan kampung aku sekarang ni ialah masalah lembu berkeliaran tak tentu masa. siang ade malam pon ade. masalah lembu ni dah lama pon jadi kat kampung aku tapi sejak akhir-akhir ni makin teruk la pulak. mak aku seorang surirumah sepenuh masa dah ada kerja sampingan yang lain tauu. nak tau kerja ape?? kerja nya menghalau lembu tiap-tiap malam okehhhh. 

Lembu ni kalau tak jadi masalah takpe, tak kisah pon kalau para lembu tersebut nak bersiar-siar je kannn. yang sangat menjadi masalahnya para lembu tersebut meragut semua tanaman mak aku dan juga jiran tetangga yang lain. itulah perkara yang mak aku paling bengang sekali. dok kampung biasalah golongan ibu-ibu suka bercucuk tanam. cili, serai, daun kunyit, sayur-sayuran kampung mereka semua rajin tanam, boleh jimat duit dapur kan. bila nak masak senang je pergi petik kat belakang umah. tapi cuba bayangkan bila nak pegi petik tu tengok2 tanaman tu dah rosak. kita tak sempat nak rasmi lagi para lembu da rasmi dulu. manalah tak mendatangkan kebengangannnn. betol takkk???

kenapa tak buat aduan??? tula juga masalah orang kampung aku ni. kesian katanya kat tuan punya lembu, nanti dia kena denda apa bagai. kadang-kadang tuan punya lembu tak mengaku pulak tu lembu mereka. haaa nak buat macam mana kan. bukan ade cop kat dahi lembu tu nama tuan dorang kannn. hehe :)
tapi mak aku dah cakap lagi siket lembu tu buat hal memang dia nak report teros. para lembu tu bukan setakat meragut tanaman, lepas dah kenyang kan mulalah dorang nak melepaskan hajat. merata-rata pulak tuuu. kadang-kadang penuh umah aku dengan najis(sopan siket) dorang. dah tambah lagi satu kerja mak aku. kena pulak laa menyodok najis-najis dorang tu. kalau tak berbau kot.. adooiii!!

Lembu-lembu kat kampung aku gemok-gemok tauu. huhu :)


p/s: kalau ada yang curi nasib lahh kan. tuan lembu tak sayang lembu dorang latuu sebab tu tak kesah je lembu dorang berkeliaran! kannn?? kannn??


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Segmen Farah Alias : MY BLOGGER IDOL

Assalamualaikum.
(",)


Di waktu petang yang sangat mendamaikan ini dan saat diri merasa sangat kebosanan marilah aku menyeru diri aku sendiri menjoin satu segmen ini. 'Segmen Farah Alias : My Blogger Idol'

Daripada aku merapu tak tentu pasal petang-petang macam ni baik aku kongsi dengan kamu semua tentang blogger idol aku kannn. ramai jugak yang menjadi idol aku tapi aku hanya nak cerita siapa yang menjadi paling idol. hehe :) dua orang je okehh. yang lain idol jugak tapi simpan dalam hati je. bolehhh??? ;)

Blogger pertama yang menjadi pujaan hati aku jatoh kepada tak lain dan tak bukan



ini dia!






haa kalau kamu semua tengok header di atas tu kan mesti kamu semua dah mengenali jejaka tersebutkan. my very first idol dimiliki oleh abg ben! hehe. aku admire gila cara penulisan beliau. ringkas dan padat okeh. selalu je buat aku tersenyum sorang-sorang bila membaca entry beliau. dan yang pasti kamu semua tahu abg ben ni sangatlah mempunyai pelbagai idea untuk menulis entry-entry yang menarik. sehari kalau takde entry dari beliau mesti pelik kann. so abg ben u are my first idol! :)


ok aku cakap dua orang je kannn. jadi yang keduanya berjaya dimiliki oleh wanita yang sangat gojesss bagi aku



kenapa kamu cantik sangat??


ini dia cik empunya badan





kenal tak siapa tuu?? mesti ramai je yang kenal si cantik manis ni kann. hi hanis zalikha. cantik kan dia?? hehe. selain cantik hanis juga pandai tauu. blog die best sebab banyak je boleh dapat tips mengenai kecantikkan. owhh aku sangat suka semua perkara mengenai kecantikkan. cara penulisan hanis juga ala-ala comel gituu. :) juga selalu buat aku tergelak sorang-sorang. dan untuk pengetahuan semua hanis seorang pencinta kucing. saya juga begitu.


ok itu saja dari diriku untuk ketika dan waktu ini.. selesai melapor diri! :)

terima kasih cik Farah Alias!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Aku benci Sepah!

Assalamualaikum :)

Kenyataan yang sangat iklas dari hati ini.. aku sangat benci sepah! bukan kumpulan 'Sepah' maharaja lawak tu. tapi sepah yang aku maksudkan sepah yang ada benda bertabur-tabur dan serabut mata memandang. contohnya ramaikan yang malas nak kemas bilik tidur, betol tak betol tak??? :) so itu namanya bersepah-sepah! aku memang jenis yang tak boleh tengok benda bersepah-sepah ni. kalau tertengok jugak mood aku yang ok teros jadi tak okeh. serius!

Bila dah nampak bersepah tu tangan aku cam ada magnet je tau.. teros nak simpan dan kemas balik benda-benda yang bersepah tu tak kiralah tu barang siapa. haaaa nasib la kan kat orang tu bila cari barang dorang da tak jumpa. sape suruh bersepah-sepah. nasib baik tau kalau aku simpan benda tu. kalau aku buang camne??? memang lagi satu habit aku, kalau tengok serabot sangat aku teros je rasa nak buang. betul-betul sakit hati ni, sangat tak suka benda yang bersepah-sepah! 

Masa aku mengemas tu aku memang lah tak tahu tu barang sape. tup tup esok lusa nya ada jela yang tanya kat mana barang dorang tu. orang yang ditanya mestilahhh aku kann. sebab mereka pon sangat arif dengan sikap aku yang satuu tu. dah aku dok kemas-kemas tu bukanlah satu dua barang kannn. so kadang-kadang aku sendiri pon lupa aku letak barang tu kat mana. ha lagi sekali. sape suruh kau sepah kannn???? padanlah muka. kau cari sendirilahh okehhh. dah tau barang tu nak guna pergi sepah-sepahkan, lepas tu mula nak marah-marah orang bila barang tu tak jumpa cari. 

ehhhh nasib baek aku simpan kan tauuuu. kalau aku buang ape ko rasa haaaa???? dahhh dahhh pegi cari senyap-senyap, jangan nak bising-bising mulut tuuu. fedupp okehh aku mendengarnya. haishhhh!!

kalau nak cari pasal dengan aku buatlahh camni.. memang anda akan berjaya dengan mudahnyaa okehh!






p/s: aku taklah rajin sangat. kadang-kadang boleh dikategorikan sebagai seorang yang pemalas. tapi bila aku dah buat sepah aku pandai-pandailahh nak kemas balik. harap anda pon begitu :)


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Hadiah birthday paling best!!

Assalamualaikum.
Selamat Pagi :)

Alhamdulillah.. bertuah sungguh aku rasa di hari lahir aku kali ni. aku dah berjaya dapat hadiah yang paling best bagi aku laaa. hehee. 

Setelah begitu lama aku terbabit dalam bidang penanam buah anggur, sudah sampai masanya untuk aku bersara dari bidang terbabit. Aku dah dapat kerja!!! Alhamdulillah syukur nikmat. memang terasa inilah hadiah birthday yang paling sangat best kebaboooom! hehe :)

Walaupon aku tak dapat position yang aku nak tapi takpe aku tetap bersyukur dengan position yang telah ditawarkan tu. sekurang-kurangnya tidaklah aku digelar penganggur lagi. dan yang paling penting aku tak mahu lagi membebankan kedua ibu bapa aku. itu harapan terbesar aku sebenarnya.

Aku berharap semoga aku boleh menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan dapat menempuh segala cabaran dan dugaan di alam pekerjaan dengan jayanya. InsyaAllah!

Yeahhh. seronoknya nak kerja!

p/s: tengah mencari rumah sewa di kawasan bandar kuantan :) barulah dekat dengan tempat keje.




Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Mimpi ke Mengigau??

Assalamualaikum 
Hi!

Bila cakap pasal mimpi mesti aku boleh senyum sorang2. sebab ape?? sebabnya aku selalu je mimpi yang kawan2 aku cakap mimpi tu boleh buat sebuah drama tv! hehe :) aku selalu akan ingat dengan detail nya mimpi aku tu. siap ade ending lagi tau. betol aku yakin semua mimpi aku tu mimpilah bukan mengigau. ada mimpi yang sedih ada mimpi yang happy. aku ada buat beberapa entry tentang mimpi aku. kalau korang nak tau betapa berdramanya mimpi aku korang boleh baca di sini dan sini.

okehhh aku bagi kebenaran untuk kamu semua gelakkan aku. hehe!

aku penah mimpi aku boleh terbang! hahaaa (gambar:google)

p/s: mimpi hanyalah permainan tidur kannn??? setakat nak buat senyum2 tu takpela kott. jangan telampau taksub dan percaya sangat dengan mimpi2 kita :)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, February 13, 2012

~My Birthday VS Valentine Day~

Assalamualaikum (^_^)*
*Ini kisah benar*

Aku dilahirkan pada tanggal 14 Februari 1988. esok kalau dipanjangkan umur genaplah usia ku 24 tahun. dah tua kannn. huk3 :) ye ye ye aku tahu tarikh lahir aku sama kann dengan valentine day. masa kecik2 dulu aku tak tahu menahu langsung ape ke benda valentine day tuu. sampai laa aku dah sekolah menengah kott barulah aku tau tentang valentine day. tuu pon aku hanya tau valentine day tu hari untuk berkasih sayang. tu jee ok. tanpa mengetahui sama sekali sejarah dan latar belakang valentine day tuu. so time sekolah tu bila birthday aku, kawan2 mesti wish happy birthday dan sekali dengan happy valentine day. dorang pon selalu je cakap camni...
 'wahhh bestlah birthday ko sama dengan valentine day'

aku pon rasa happy je..rasa bangga pon ade tau sebab lahir sama dengan tarikh hari meraikan kasih sayang. *memang..sungguh!! aku tak tau lagi maksud di sebalik hari valentine day tuuu*

arghhhhhhh!! tiba2!! sampai satu saat, aku dah mengetahui sejarah valentine day tuu dan ade mendengar beberapa siri ceramah mengenai hari meraikan kasih sayang tersebut.. gedebukkkkk!!! teros rasa diri ini sangatlah berdosa (sesungguhnya Allah sentiasa mengampunkan dosa hamba yang memohon keampunan-Nya..Amin) boleh rujuk sini info detail tentang valentine day.

kita sebagai umat Islam hukumnya HARAM menyambut valentine day tauuuu! jangan sesekali menyambutnya. kawan2 yang bijak pandai semua pon tau kan haram kita menyambut valentine day. so say NO to valentine day!!





 Sumber: Google


p/s: pelisss ye kawan2 tersayang aku tak mau lagi ucapan 'happy valentine day' dari kamu semua.. terima kasih! <3 kalau ucapan 'happy birthday' okehhh aje :)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamualaikum <3
(^_^)*


wahh bang ben buat segmen lagi. so kali ni kali kedualah kann aku mahu join segmen abg ben. so abg ben mintak sape2 yang nak join segmen ni cerita serba sedikit mengenai blog masing2. kawan2 nak join boleh klik header blog abg ben kat atas nunn yee :)
ermmm nak cakap ape ek pasal blog aku ni. aku baru je nak aktif menulis di blog. semestinya entry2 aku banyak berkisarkan mengenai kehidupan peribadi aku semata2. aku menggunakan blog aku ni sepenuhnya untuk meluahkan segala benda yang terpendam dihati. itu cara aku gunakan di saat hati dan perasaan di landa gundah atau ada apa saja yang menimbulkan ketidakpuasan hati akan aku kongsikan di sini.

menarik ke tidak blog aku ni anda semua yang patut menilai. aku hanya berkongsi sekadar yang mampu. hehe :). kamu semua boleh menilai aku dengan membaca entry2 aku yang lain. aku bagi contoh entry aku seperti di bawah ni okehhh. klik saje link tersebut..... ~


okehh, kamu, kamu, kamu, dan kamu jika mahu lebih mengenali diri ku ini boleh pergi terjah ke setiap entry aku yeee.

sekian sahaja. terima kasih abg ben!!
Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, February 10, 2012

BEN ASHAARI : TIADA LAMA , TIADA BARU

Assalamualaikum...~
(^_^)*

Buat pertama kalinya aku nak join segmen dan buat pertama kalinya aku join segmen yang bang ben buat.hehe :) apa salahnya kannnn???
kawan2 lain pon boley join jugak.
ok klik saje header blog abg ben di bawah ni yeee!


5 blog yang masih baru2 seperti berikut :) 


ulasan: blog di atas adalah blog orang2 yang sangat aku kenali. tolong promote kawan2. hehe :) mereka ada cara tersendiri dalam penulisan masing2. so kalau nak tahu pegilah terjah cepat2 okehhh.

5 blog senior pula seperti berikut :)

ulasan: belog yang di atas ni memanglah sangat otai bagi aku. aku sangat admire cara penulisan mereka. ada yang suka share tutorial mengenai blog dan sangatlah bagus untuk blogger baru macam aku ni. ada penulisan mengenai masakan, fesyen, make up, pelancongan...dan banyak lagiii. owh sangatlahhhh menarik!! aku rasa korang pon mesti dah kenal sangat dengan pemilik blog2 di atas nunnn kan. hehe :)

ok bang ben itu saja coretan dari dirikuuu. thank you sebab adakan segmen ini. love it! <3




Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Kasut punya masaaaalah!

Hai!!
(^_^)*

Rabu aritu aku ada pegi satu interview untuk jawatan pembantu peribadi atau lebih glamornya dipanggil Personal Assistant. hehe :) macam biasalah kalau nak pegi interview mestilah kita kena bersediakan. ok2 semua tu aku da buat da. cuma sebelum aku pegi interview tu aku pening memikirkan mahu pakai kasut ape. tu je masalah aku okehh. huhu! aku tau aku tau, bila pegi interview kena pakai kasut bertutup dan ada tumit sket. 

Tapi masalahnya aku memang sangatlah kurang mempunyai kasut bertutup tutup neh. cuma yang sangat banyak adalah kasut dari jenis 'wedges' (kasut tinggi tapi tapak rata) dan semestinya tidak bertutup. aku tak suka pakai kasut tutup2 ni. rasa tak selesa sket. hehe! pening pikir tauu! keputusan terakhir aku, aku pakai je salah satu kasut wedges aku tuu. bagi aku asalkan kemas dan selesa. lagi satu perkara aku suka pakai kasut yang tinggi terutamanya wedges sebab aku akan rasa keyakinan aku naik dengan sangat mendadak. kalau pakai kasut yang tak tinggi rasa kurang berkeyakinan siket. itulah rahsia aku :)

So aku pegi la interview tersebut sambil ditemani kedua ibu bapa. dah sampai tempat yang ditujui teros pegi tanya pada cik adik yang jaga kaunter pertanyaan. ok da jalan dengan keyakinan tadi ni, akhirnya sampailah kat depan muka pintu tempat untuk aku di interview. dannnnnn rasa sungguhlah gembira dan teruja apabila nak masuk aku ternampak ini

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sungguh!!! taklah ku duga sama sekali
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
hanya mampu tersenyum di dalam hati
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
nak tau ke ape yang aku nampak????
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
aku nampak ni haaaaaaaaaa.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sila Tanggalkan Kasut Anda!!!!! :)



wahhhhh hebatkannn. aku dok pening kepala memikirkan nak pakai kasut happeee dan ini hasilnya. saborrr jelahh kannnn. hohohooo!!!
Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Wednesday, February 8, 2012

DOWN ↓ : Jatoh menjunam terjunam*

pernah dengar tak orang yang kita kenal cakap camni........ "aku rasa down gila sekarang!" penah tak?? aku penah. dan saat ni pon aku nak cakap camtu jugak. aku rasa down gila sekarang!!!! kenapa?? mungkin ada macam-macam faktor yang buat aku rasa macam sekarang ni.

1. aku tak taulah ni perkara pertama or jatoh kepada perkara kedua tapi tak kisahlah asalkan tu adalah sebab kenapa aku rasa 'down'. aku takde kerja lagi sekarang ni dan dah rasa lama gila kott menganggur. kerja oh kerja bilalah kamu mahu menjelma di depan kuuu.

2. bila dah takde kerja dan duduk diam aje di rumah mulalah rasa diri nie sangatlah menyusahkan kedua ibu bapa. dah lah belajar dulu pon mak bapak tanggung sekarang dah abes blaja pun tetap tak dapat nak meringankan beban kedua ibu bapa. owh sedihnya!

3. hati dah mula rasa hiba dan terkeluarlah sesuatu dari mulut seorang ibu. mungkin bukanlah disengajakan dan ibu pun tidak bermaksud seperti yang demikian tapi hati ini terlampau rapuh ketika itu dan teroslah tersentap dengan hebatnya. (tapi aku tahu.. ibu dan ayah dah banyak berkorban) sama sekali tidak menyalahkan mereka. cuma hati ini je tak tahu kenapa begitu sensitif sangat dikala itu.

4. dan yang terakhir aku syak mungkin aku tengah mengalami sindrom2 'PMS' (yang tak tahu boleh google).
mungkinlah! aku mudah menjadi sangat sensitif dan hati menjadi tiba2 sangat rapuh :( seterusnya air mata mengalir tanpa henti dan akan jatoh pada bila2 masa saja.

owhhhoo PMS aku tidaklah sampai begini jadinya. hanya sensitip2, sentap2, touching2 aje :)

Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, February 6, 2012

wahhh seronoknya!!

seronoknya kita wakkk. nak tau tak kenapa?? nak tau yee... sebabnya bang ben follow my blog sudaaa. terkejot jugak la kann. sebab aku ni bukan nye rajin sangat update blog. tapi memang suka sangat merayap merayau di blog cool contohnya blog bang ben. hehe ;)

aku baru je pasan tadi bang ben follow aku, sebab baru tepandang kat follower yang sebelum ni hanyalah 13orang saje (follower kita tak ramai pon wakkk) sudah menjadi 14orang. apelagi teros la view siapakah gerangan yang sudi follow2 tu. waaahhhhh tengok2 en. abg ben. SANGATLAH HAPPY!! (pastu tengok banyak kali sebab cam tak percaya pon ade) hehe. so sekarang rasa cool sangat bila bang ben dah follow diriku ini. yeaaaahhhh! huhu ;)

kawan2 yang belom follow bang ben follow je lah tau. blog beliau confirm cool okehh!!

klik saje pada header blog beliau ni yeeee.



p/s: bang ben pinjam gambar header tau. jangan marah tauuu. heee! ;) pastu lagi satu pas bang ben follow kita dah tambah lagi sorang tau follower kita. thank you so muchhh!!! huhu :)
Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Main Kawen Kawen

Assalamualaikum!

wah dah lamakan tak update blog. haishhh kenapalah?? sebabnya aku hanyalah suka merayau-rayau di blog orang. hehe. suka katam kan blog orang lain tapi blog sendiri terbiar. kesian blog sayang aku neh.

sejak dua menjak ni kann. aku aseklah pegi kenduri kawen kawan2. dulu zaman kecik2 atau budak2 selalu je main kawen2 kann. hehe tapi sekarang ni bukan main2 lagi melainkan yang benar2 belaka. sorang demi sorang kawan aku menjejakkan kaki mereka ke alam perkahwinan. tahniah aku ucapkan kepada mereka yang berkenaan walaupun macam tak percaya je korang dah kawen. hehe. yelah kawan dari budak2 pastu sekolah sama2, aik tiba2 dah jadi bini orang. ok ok aku da mula percaya sekarang korang semua da jadi bini orang :)

jom layan gambar2 mereka yg telah menjadi suri kepada jejaka pilihan masing2 ;)


selamat pengantin baru fizah.. walaupon takde la baru sangat kannn. hehe ;)


wahhh ini paling tak percaya. hehe tapi tahniah sebab cinta dari zaman sekolah berkekalan akhirnya! eka dan amir


ini paling best! sebab dapat jadi pengapit. haha! tahniah tiqah n yunus. dan terima kaseh bagi aku peluang jadi pengapit u ollss. hehe :)


ermm ada jugak kawan yang da kawen tapi tak berkesempatan nak pegi so takde la koleksi gambar bersama mereka. kawan yang udah punya anak pon ade. aku??? haha anak tekak dan anak2 yang lain adelahh. hehe. selain ramai yang da kawen ramai jugak lah yang dah bertunang. tahniah juga buat mereka.

p/s: jemputan dari aku?? ok tunggu ye... surprise!!! hehe :)
Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!