Saturday, February 18, 2012

Masalah Jiwa

Assalamualaikum.
Selamat petang!

 Rasa berat hati pulak nak pegi umah sewa. Kira hari ni last la aku dok umah bersenang-lenang kan. esok hari ahad dah nak kena masok umah sewa. so senang sikit nak pegi kerja, jalan kaki tak sampai lima minit pon dah sampai tempat kerja aku. jimatkan di situ. 

Aku nak cita pasal masalah jiwa dan konflik remaja. kira aku takdelah remaja sangat kot sekarang. kenapa dorang ni suka menyusahkan mak bapak ye?? kenapa dorang suka buat sesuatu perkara tanpa berfikir baik buruknya dulu?? kenapa kalau dorang mintak belikan pape ikot suka dorang je nak mintak tanpa memikirkan ibu bapa dorang tu mampu ke tak?? kenapa dorang suka menyusahkan hati seorang ibu?? kenapa??

Orang cakap tu semua jiwa remaja , jiwa orang muda. dorang hanya pikir keseronokkan je. pikir nak enjoy je. suka mencuba segala benda yang baru ye. kalau tak cuba, rugi la.. kalau tak cuba tak remaja laa. macam tu ke?? kalau tak cuba nanti kawan-kawan taknak kawan ek??

Kadang-kadang aku sendiri tak paham. aku pon penah muda remaja, tapi aku tak paham dengan remaja hari ni. kenapa mereka makin tak terkawal?? kawan ada motor nak mak bapak belikan motor jugak. kawan ada kereta nak kereta. mintaknya kat mak bapak jugak. kenapa malas nak usaha sendiri. adakah remaja sekarang semakin manja yang menjadi-jadi?? okeh nak kereta nak motor, boleh aje dengan syarat ibu bapa korang mampu dan korang pon kena tahu menggunakan benda yang diberi sebaik mungkin. bagi ibu bapa tak mampu macam mane??? ingat senang ke mereka mencari duet untuk menyuap mulut anak-anak. sampai kadang-kadang mereka berlapar pon tak ape yang penting perut anak-anak kenyang. tapi anak-anak???


sanggup ke tengok seorang ibu menangis???


p/s: aku sedikit emosi ketika menulis entry ini!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

2 comments:

Belog Budak Steady said...

Bebudak remaja sekarang masih tak sedar pergorbanan mak bapak diorang.....

Pka Rahim said...

mohd ridwan : memang pon. dorang tau nak seronok je kannn.

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!