Monday, July 30, 2012

Nikmatnya makanan seorang ibu :)


Assalamualaikum.

Dalam entry yang lepas aku ada bagitau aku jadi homesick telebih sikit time bulan puasa ni.. so sepanjang tiga minggu berturut-turut aku balik kampung. huhu.. teringat-ingat je mak ayah adik-adik.. padahal kampung takde la jauh sangat. heheee :) perjalanan tak sampai satu jam ponggg...

tapi tak kira nak balik jugak.. tambah-tambah ayah tak bape sehat. lagi la rasa nak pulang ke rumah membuak-buak.. bila ayah tak sihat takde sape la yang nak ambik aku bawak balik kampung.. nasib baik ade adik yang baik hati nak tolong hantarkan.. walaupon adik balik kerja dah malam sanggup tunggu okehhh asalkan dapat balik umah mak ayah.

dah balik kampung.. time berbuka paling best la kannn.... sebab dapat makan air tangan ibu.. sedapppp..! makan tak hingat dunia. haha..! mak kalau anak-anak balik lagi la nak masak bebanyak kannn... jom tengok apa yang mak aku masak  nakkk..??

aku ada share gambar ni kat facebook.. ada kawan pasan lapik laok paok tu guna ketas surat kabar je.. dia cakap sambil buka boleh baca surat khabar.. haha..!! sengal betol kaann dia.. mak aku lapik sebab tak nak bagi meja kotor.. meja ada alas kain tapi takde alas plastik.. tu takot meja kotor.. mak da bape kali pesan suh beli alas plastik tu tapi aku lupa aje... adoi.. lepas ni nak pegi beli laaaa... :))




ini juadah semalam.. mak bakar ikan.. ikan ape tak pasti. tau makan je.. haha.. ada ikan mesti ada sambal kicap.. memang dah jadi febret keluarga kitorang ikan bakar ni.. lepas tu yang merah-merah tu sambal sotong.. alhamdulillah setiap kali aku balik mesti menu  berbeza-beza.. seronok nya dapat mak pandai masak. hehe.. tapi kann.. kesian kan anak-anak aku nanti sebab dapat mak macam aku.. tak pandai masak.. haha..!! sayur pon wajib ada.. aku penggemar tegar sayur.. takde sayur tak masyukkkk sangat nanti.. ;)) haaa yang ni ada lagi satu febret.. tapi febret aku ngan mak aku jelaaa... pecal.. ada tak yang tak tau pecal tu ape...?? nanti tanya la sesape yang tau yee... huhu.. kalau makan pecal ni selalu je berebut-rebut ngan mak aku sape nak abeskan... tak cukup..! then ada juga ulam yang hijau tu.. daun ape ekkk..?? daun salad kott.. haha..! aku ni memang tau makan je kengkawannn ... heheeee ;))

eh ari ni isnin ek..?? pesal rasa nak balik umah dah ni.. adoi.. tak sabar nak tunggu menu seterusnya dari mak.. memang tak rugi mak masak kalau dapat anak cam aku nehh... hahahaaa..!!


p/s : mak korang suka masak ape..??? :)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Wednesday, July 25, 2012

Rezeki Berbuka~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih berkesempatan berpuasa untuk hari ini...  nak cerita hal semalam. aku dan housemate bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa.. seronok je rasa masak sesama. hehe :)) juadah mewah sikit la dari hari sebelumnya.. aku masak telor dadar dengan goreng sayur je.. hahaaa..! punya la rajin kannn..

tapi semalam.... wow. pengantin aka Puan Siti masak ayam paprik okehhh... aku pulak masak kangkung goreng belacan.. lepas tu kitorang goreng ayam crispy.. nyummyyy nyummmyyy... ;)
adik miza kecik molek goreng popia ikan segera dan hotdog.. 




haaa we alll ada housemate baru... fauziah aka jie.. dia pulak sediakan buah-buahan dan agar-agar.. meriah tak meriah tak.. lepas tu berbuka ramai-ramai. seronok..! huhu.. takde la rasa sedih sangat tak dapat berbuka puasa dengan ibu ayah dan adik-adik..tapi weekand tetap rasa nak balik umah mak ayah. bulan puasa ni rasa homesick tu lebih sikit.. hehe..:)

okehh kengkawan.. semalam korang berbuka apa... hari ni plan berbuka apa pulakk...??? jom share share nakkk... 


p/s : hari ni rasanya masak lagi kott... huhu.



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Tuesday, July 24, 2012

Meh Follow MemberKu :)


Assalamualaikum.

aku ada sorang kawan ni. aku rasa dia dah lama kot buat belog. tapi tak aktif sangat. aku sebagai seorang kawan yang sangat prihatin dengan berbesar hati nya mahu menggalakan beliau berbelog.. maklumlah katanya dia da jobless.. so daripada ko dok kebosanan takde buat apa melainkan tido baik la ko hapdate blog ko yang dah bersawang lelabah tu.. hahaaaaa..!! gelak syaitonnn walaupon takde setan bulan pose ni. hehe :))

jom jenguk belog dia kat sini... ------> cukma selok..!  ;)

 kalau rajin atau anda gojes atau anda hensem dan kacak boleh la follow beliau.. single available lagi tu.. boleh la .. boleh la tuuu.. hahaaaa...!! member aii tu romantik okehh selain suka baca majalah ujang.. apooo... dan sebagainya... pelanggan setia kott..!! haha

jom bagi semangat kat dia berbeloggg...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix_-6uiA0ZwTOpDmRKJBVUKKPwjZsj-ujYqiel7dGrsEkng1kQqay4XUI7wzy3sFjGfsdTU3e4fwA-6kh4E52-vHxKTxs7jVaLQEdAtOn6aPVrIVBjPQugSko83bj8ClNKC9Cc1G8cxVBm/s1600/110220123070.jpg 
 beliau ketika zaman kekanaknyaa.... comelll kennn..???? hehe ;)))

curik gambar kat belog dia.. mintak ijin buk sukma... hahaa!!!!

okbye!


p/s : cukma jangan marah okehhh... hahahaaa.. larik lajuuu-lajuuuuu...!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, July 23, 2012

Bila Rasa Ini


Assalamualaikum.

Selamat Berpuasa Semua.. dah masuk hari ketiga berpuasa kannn.. cepat je masa berlalu..
hari pertama berpuasa di ofis. waktu rehat pon dah di singkat kan.. dah jadi setengah jam je. balik pon jadi awal setengah jam la.. hari pertama jugak berpuasa di rumah sewa.. ermm.. tak tau la nak masak apa petang nanti. aku rasa aku lah yang paling awal balik keje nanti kot. sah-sah la kena masak ni.. hehe :) takpe tengok la apa yang ada dalam peti ais tu.. kawan-kawan jangan complain tak sedap pulak ye.. huhu!

eh sebenarnya nak cita pasal perasaan yang aku tengah rasa sekarang ni. rasa cam tak best gitu.. tak boleh nak describe camne. hati rasa tak sedap.. rasa nak marah nak menangis, rasa kecewa.. otak aku berpikir dengan ligat kenapa benda tu patut jadi.. kenapa nak cari mana yang patut mana yang tak patut.. sana sini, kau nak salahkan aku.. aku nak salahkan kau.. kenapa kenapa kenapa..??? aku rasa bingung..!! 

nak diluah tapi rasa ada sekatan di sana sini... :(


p/s : thanx mum for the new gift ;)) lap u


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Saturday, July 21, 2012

Segmen Pendek : Saya Nak Blogwalking

Assalamualaikum



takde keje kann ari minggu ni.. join segmen jela kita. kali ni segmen anjuran miss z. rajin la miss z. i support u okehh... hehe ;))


p/s : dah lepas satu hari puasa. alhamdulillah ;)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, July 20, 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum.


wahhhh.. abg ben da tukar header baru jugak la.. qhaliff ada sekali pulak tu.. cute sangat kenn..?? huhu ;)) sempena bulan ramadhan ni abg ben ada buat satu segmen.. 

senang je segmen ni.. abg ben mintak kita cita sikit kenapa blogger di luar sana patut pilih blog anda..

korang-korang patot pilih blog aku sebab kann.. sebab pe ye..?? hehe.
ermm.. sebab blog aku blog simple je kot.. kalau korang baca pon takde la sampai kena kerut-kerut kening.. nak tau lagi meh la katam kan baca blog aku nehh.. ;))

kengkawan yang nak join boleh join sebelum pukul 11.59 malan ni tau. cepat-cepat...!!


p/s : im happy..!! selamat berpuasa semua ;))



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Thursday, July 19, 2012

marah sungguh..!

Assalamualaikum.

ishhh.. kenapa lah ada jugak orang jenis cemtuu.. nak post gambar yang ngeri-ngeri.. geli-geli kt facebook tu.. eiiiiii...!! geram.. bukan pe, aku yang tertengok ni rasa nak muntah, loya.. dan paling teruk lepas tengok je gambar tu terbayang-bayang je. rasa seram sejuk satu badan.. lagi terok daripada tengok gambar hantuuu..! korang nak tengok benda cemtu tak payah la sampai nak post kt facebook bagai. tengok jela sorang-sorang.. gila.. aku dok tebayang-bayang lagi ni. gila geliii... geram. tension..! terus je hide post tu. tp dok tebayang-bayang lagi.. menci kat orang yang suka post cemtu.. menci sungguh..!

SUMBER : Google

p/s : terbayang-bayang..!!


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Baby Juna.. u are so strong :)

Assalamualaikum.

rakyat malaysia sangat la prihatin dan penyayang.. sangat terharu dengan satu kisah baby baru-baru ni. ramai yang tau pasal cerita ni.. aku yakin. tapi kepada sesape yang tak tau pasal kisah baby juna boleh tengok fb mama juna then korang akan tau.. jom baca status mama juna, termenangiss tau baca status mama juna ni...

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.

ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.

dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.

terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.

ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.

ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.

dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.

"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.

dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"

aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".

*pause*

kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.

pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?

DALAM SATU HARI.

aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.

aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.

aku tak kira.
yang penting, jantung juna.

dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.

dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.

tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya,
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.

juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.

sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.

tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.

assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.
 

semoga baby juna sihat dan sembuh sepenuhnya dear ;))
for mama juna anda seorang ibu yang sangat tabah.. bangga dengan u..  
rakyat malaysia BEST..!!


p/s : tiada apa yang mustahil..~ kun fayakun..



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Wednesday, July 18, 2012

Contest Header Cute & Awesome -:by Miss Opsspocot !

Assalamualaikum.


jom join contest nehh.. nak join klik banner kat atas ye ;))

hadiah best-best tau. okbye!

p/s : tak sabar nak tengok ameera jap lagi... hehe!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

UNDIAN ANDA MENENTUKAN JUARA LEVI'S CURVE ID BLOGGER AWARD..

Assalamualaikum.



jom jom undi untuk kak filla.. akak kita ni dah berjaya masuk top 5 tau.. top 5 apa..??? ha boleh tengok entry lama aku kat sini..

arini tu dah vote vote kann.. tapi belum abes lagi tau.. yang dulu tu just untuk menentukan calon top 5.. so sekarang jom vote lagi untuk menentukan juara pulak okehhh...

date start vote bermula semalam iaitu 17 July 2012 sampai la hujung bulan ni tau, 31 July 2012.
vote setiap hari tau tauu... jangan ketinggalan.. kalau ada rezeki korang boleh la dapat voucher levi's bernilai rm300. haaaa korang nak tak cemtu..??? kalau nak rerajin la vote untuk kak filla okehhh... ;))


kalau tak tau nak undi boleh refer sini ---------->   CLICK UNDI FILLA.

 
cun kennn mama filla yang vogue ni posing kat motor besauuu.. hehe. pe lagi kengkawan.. moh le beramai-ramai vote kak fillanieee.... ;))


aku da vote..

korang bila lagi...??? ;)

Click here ----->  WEBSITE UTK VOTE
 
 p/s : nak sangat kak filla menang.. yeahhh..! eh eh nak mintak tolong sikit.. klik la heartbeat saya kat atas tuuu.. heee..!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Last Episode Ameera

Assalamualaikum.

selamat pagi..!! ari ni last cerita ameera slot samarinda kat tv3. sape tengok..? sape tengok..?? rasa macam nak tikam orang tak tengok cita tu..?? haishhh geram sungguh dengan si zila tu kannn.. psycho abes.. 

 


 



ni dia pempuan psycho gilak..!!

memang berkesan la zarina bawak watak zila ni kannn.. sebab dah berjaya buat kita geram, sakit hati, menyampah kat dia ni.. jangan ada yang jumpa zarina kat luar sana pergi tampar muka dia da lahhh ekk.. haha!

tapi sweet sangat bila tengok ameera dan amir.. sape setuju..?? huhu.. ;))

 


 
 malam ni last la kita dapat tengok cita ni.. tak tau la ape jadi ngan zila nanti.. jom jom tengok malam ni. pukul 10.30 pm tv3.. jangan lupa u ollssss.... :)

SUMBER GAMBAR : Google


p/s : risau..!


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Tuesday, July 17, 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.

hari ni baru masuk keje.. semalam cuti rehat. hehe. ahad aritu makcik ku kawen.. selamat pengantin baru maksu. tak dapat ambek banyak gambar pon. memasing sibuk. diri ini pulak telah menjadi pengapit pulak. so tak boleh la nak ambek gambar pengantin. lepas tu takde sape yang nak ambek kan gambar aku time jadi pengapit tu.. kesian sungguh..! huhu ;))

ni ha adelah sikit gambar.. nanti da dapat gambar dari photographer boleh la aku upload lagi yee...



time nikah makcik aii buat kale biru.. request dari paksu ;))

 

tema sanding pulak pink purple.. tapi kita rasakan macam manyak color pink je dari purple.. hehe ;))
 


 maksu tengah sibuk belek gambar die.. huhu.. kita suka make up die.



huhu.. pegang baby sepupu.. takot-takot jugak.. tapi buat muka tenang gituu.. haha..!!


ok nak update tu je.. okbye! ;))


p/s : stress je ari ni.. ishhh..!!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, July 13, 2012

Header Baru.. luv..!

Assalamualaikum.

haaa.. perasan tak ape-ape yang lain kat blog ni.. hee..! baca tajuk pon da tau kann.. blog aku dah ada header baru okehhh.. boleh tarik nafas lega daaa.. kalau tak header sebelum ni yang aku buat sendiri tu sedih sangat kott.. haha..!!

terima kasih yang tidak terhingga kepada miss z kerana mencipta header yang sangat menarik ni..! korang rasa menarik takk..?? hehe ;))



kalau u ollssss nak buat jugak boleh jewww... cakap je kat miss z korang nak camne.. boleh klik sini kalau nak miss z buatkan header yang cun untuk korang.. ;))

thanx again miss z...!!

p/s : makcik ku kawen ahad ni.. yeahhh..!!! 



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Thursday, July 12, 2012

Dah lamaaaa rasanya~

Assalamualaikum. 

sejak kebelakangan ni memang sangat takde mud nak update blog.. takde idea lor, lepas tu tak banyak gambar. kalau ada gambar best sikit nak bercerita.. rasa bosan tak kalau baca tulisan hitam ni je.. bosan tak.. bosan tak?? huhu ;))

ni haa.. aku rasa dah lama aku tak make up kan orang ni.. haishhh tetiba datang rasa nak sangat make up kan orang.. sape nak sape nak..?? asek conteng diri sendiri je. bosan jugak.. nak make up muka orang pulak rasanya.. sebab muka orang ni ade macam-macam jenis kannn.. bentuk mata, kening, bibir.. semua nya ada kelainan masing-masing.. so kat situ rasanya boleh la nak improve skill lagi.. 

takkan aku nak conteng muka housemate lagi kot.. dorang pon agaknya da boring layankan aku.. hahahaaaa...! so sesape rasa nak diconteng muka mereka boleh la cari aku ye. hehe..! kalau nak tengok hasil contengan aku boleh refer dekat older entry yee.. adalah aku update beberapa entry hasil contengan aku yang tak seberapa tuuu.. ;)


p/s : nak cari aku boleh add fb aku je ye. nor shafiqah rahim then boleh pm saje. atau email dekat sini shafiqah_1402@yahoo.com ;))


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Sunday, July 8, 2012

Bertunang Sudahh..~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. semua nya berjalan lancar. adik ku dah selamat bertunang semalam. so dont ask me bila turn aku okehh.. hehe ;))



emak ku menyarung cincin ke jari tunangan adik ku...




tahniah kepada Muhammad Shafiq Rahim & Nur Farah Liyana Sulaiman.

ehem ehem bag yang aku pakai tu beli online kat sini tauuu.. ;)) thank u

Angelic Fashion Bags & Clothing



p/s : jom layan melodi.. hehe.


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Monday, July 2, 2012

Bangun Pagi pegi Pasar Tani :)

Assalamualaikum.


Haishhh.. senyap sunyi je blog aku ni kenn..?? imah pon dok bising je tanya nape aku tak update blog.. huhu :)) pka takde idea lah imah nak update mende peee.. heee.!!

kepada silent reader terima kasih sebab sudi melawat blog aku ni.. especially rakan ofiss. malu aii okehh..! hai fiza... ;)

sekarang terasa nak update pulak.. tapi tak mo cakap bebanyak. sebab tadi pagi pergi pasar tani. rajin pulak kann nak ambik gambar.. so layan gambar kat pasar tani tu je okeh kann?? aku pergi dengan housemate, puan siti dan kak liza. rasa lama sangat dah tak pergi.. macam-macam jugak lah kitorang borong, tambah-tambah dah ada peti ais kat umah sewa kitorang tu teros beli tak hingat dunia. hehe. sampai senget dah bahu nie..! okeh tipu je ;)

dari gambar korang boleh buat cerita sendiri okehhh.. hehe. yang penting kat pasar tani tu semua ada.. tak caya korang tengok sendiri tauu..!












 



































haaa.. da abesss... itu hanya sebahagian saje yang dijual kat pasar tani tu.. ada macam-macam lagi tau.. tu yang kalau datang sini rasa semua nak beli.. huh, nafsu mata semata-mata. hehe..!


p/s : tak sabar nya nak tengok cita dejavu di kinabalu esok..! huhu ;)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!