Wednesday, March 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum.
 



haaa.. ni header baru blog abg ben.. dan tak lain tak bukan aku join segmen abg ben lagi. rasa dah lama kot tak join segmen abg ben ni.. huhu :)

abg ben ada tanya satu soalan tau.. ni dia soalan nya.

Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya, apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

contoh nama kawan aku tu kasim

ni ayat aku..

'hai kasimm.. haa makan tak ajak pon kannn..???'

hehe.. lepas tu mesti la ada borak borak jugak tapi dah jadi ayat kedua ketiga dan seterusnya... abg ben mintak ayat pertama je. huhu!

p/s : kawan kawan jom join segmen ni. 2 jam je tau!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

takotnya!!

Assalamualaikum.

haishh apalah yang kurang cerdik sangat aku ni.. nak cakap bo**h macam kasar sangatlah pulak kannn. huhu! 

awal bulan aritu adalah sorang hamba Allah ni telefon aku.. kebetulan aku baru bukak akaun maybank. so orang tu mintak semua details aku termasuk no i/c dan no card cherry aku tu.. dia cakap kalau aku guna kad cherry tu aku boleh dapat macam-macam potongan harga kat shopping mall or hotel yang terpilih under syarikat dia lahh. aku takde lah tertarik sangat dengan promosi dia tu..

tapi aku pon tak tau kenapa.. time orang tu call aku baru je bangun tido. masih mamai mamai lagi.. jadinya time tu aku pergi bagi je semua maklumat yang dia mintak tu.. pas abes je cakap dengan orang tu baru aku boleh berfikir dengan waras.. argghhhhh!!! menjerit dalam hati. aku rasa aku dah tertipu nii. macam mana aku boleh bagi semua maklumat tu.. sangat bahaya okehhh..  lagi-lagi lepas baca entry akak fillanie kita nie..
lagi la aku takottt..

abeslah duet aku kang.. walaupon takde la berjuta-juta kan.. nak selidik pasal company tu serius tak lekat langsung dalam kepala otak aku apa nama company orang tu. maklumlahh tengah mamaikan. okeh okeh kena block cepat cepat ni card cherry aku tu. lepas tu buat je card lain. takde lah hati aku resah gundah gulana tak henti-henti ni..


haishhh! rasa nak tumbuk je orang yang suka tipu orang ni.. geram!!
SUMBER : Google

p/s: kawan-kawan peliss berhati-hati ye. jangan tertipu macam aku :)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Sunday, March 25, 2012

Makan hati pon sedap!

Assalamualaikum.

kenapalah aku asyik nak tersentap je ni.. ayat kamu memang power ataupon aku yang sangat begitu sensitif. tapi bagi aku sendiri memang tak boleh terima lah ape yang kau cakapkan tuu. kalau aku boleh terima takdelah aku rasa nak hujan je dari semalam hingga ke hari ni.. esok esok aku tak tau lagi.. memang sangat terkesan betol kata-kata kau tuu.. sampai sekarang terngiang-ngiang lagi.. dan aku masih memikirkan relevan nya kata-kata kau. itu baru aku yang dengar.. kalau orang lain dengar aku tak tau la apa yang dorang pikirkannn.. 



SUMBER : Google

memang sedapkan mengeluarkan kata-kata macam tu tanpa memikirkan hati dan perasann yang mendengarnya. tahniah lah anda dah berjaya membuatkan hati aku hancur luluh untuk ketika ini.. terima kasih!

p/s : sabar sabar sabar..!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Friday, March 23, 2012

Nak hadiah tak???

Assalamualaikum.

Blog aku sekarang mengalami masalah yang agak berat.. sesiapa yang dapat menyelesai kan masalah ni aku akan bagi mereka sedikit ganjaran.. ini serius! sesiapa saja yang sudi menolong amat amat dialukan..

tarikh tutup : tak kisah sampai bila-bila sehinggalah ada yang menawarkan pertolongan dan dapat menormalkan kembali blog aku ni..

p/s : hidup sangat tak tenteram bila blog buat hal... upset! :(



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

ting tong *_*

Assalamualaikum..


blog aku masih tak sihat ni.. da macam2 cara buat tp still same je. im so sad :-(


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Hahhh buat ape tuu???

Assalamualaikum.

haa imah, pka tau imah ngah baca blog pka kannn?? imah?? ofizmatelahhh.. hehe :)

gud morning!!!


p/s : mud tak bape okeh lagi, sebab blog tetap ting tonggg.. pelisss tolong tolong..!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Thursday, March 22, 2012

Tumpang tanye??

Assalamualaikum.

aku nak tanya ni.. entry yang aku update ni haaa ade tak naik kat korang punya all blog updates???? asal aku update tapi tak naik pon kat list rakan blogger abg ben tu?? padahal da dua tiga empat update aku buat semalam dan hari ni.. tapi tetap update yang last yang entry dua hari lepas.. why..??? why???

pelisss korang respon dengan entry aku ni.. just nak tau ada tak kena ke dengan blog aku ni.. kalau tak kena macam mana aku  nak buat ek?? ada kena tukar setting ape ape ke korang?? pelisss pelisss tell me ASAP...!
sangat memerlukan pertolongan sekarang..

risau ni takot blog tersayang mengalami masalah .. tak mo tak mooo..

p/s : cepat respon kawan-kawan..~



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Makan Semut!

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni kenapa aku jadi macam cepat hilang ingatan ek.. maksud nya cepat sangat jadi pelupa.

contoh yang paling ketara.. aku tengah rancak bercerita ni.. lepas tu kawan aku pulak nak kongsi cerita. so aku dengar jelahh.. dalam pada kawan aku dok bercerita tu tiba-tiba aku nak tanyalah soalan kann.. berkaitan dengan cerita dia tu.. tapi takkan nak menyampuk kawan tengah rancak bercerita.. aku pon rasa elok la tanya bila cerita dia da abes nanti..(cakap dalam hati). tup tup bila kawan aku da abes cerita, boleh ye aku lupa pulak benda apa yang aku nak tanya tadi tuu.. adoiii. puas da cuba ingat ingat tapi tetap tak dapat ingat langsung apa yang aku nak tanya tu..

last-last aku biarkan je teros.. malas da nak ingat. jadi sambung je cerita yang lain pulak.. huhu :)
napa agaknya ye?? aku termakan semut kot.. orang cakap makan semut boleh lupa 44 hari.. betul ke?? hehe..



semut marah aku makan dia.. hehe!
SUMBER : google


p/s : okeh belom pukul 9 malam mata da sangat mengantoknya..~




Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!