Sunday, March 4, 2012

^PERAKAM SUARA^


Assalamualaikum.

Aku nak mintak jasa baik korang ni. boleh tak tolong aku??? hehe :)

Sebenarnya macam ni, dengan pekerjaan baru aku sekarang.. salah satu tugas aku ialah mencatat minit mesyuarat. itu pengalaman pertama aku okeh. sebelum ni time kat sekolah ke kat kolej ke kat universiti ke tak pernah sekali pon menjadi pencatat minit. jadi sangatlah huru hara masa mesyuarat yang pertama aku dilantik sebagai pencatat minit. tak paham topik perbincangan satu hal tak sempat mencatat satu hal. lepas tu sebelum hujung bulan ni da kena hantar kat bos dan ahli mesyuarat yang lain.

erm pandai-pandailah aku nanti macam mana kan. usaha tangga kejayaan.. untuk mesyuarat yang seterusnya aku dah tak nak menjadi seorang pembuat huru hara lagi. hehe. jadi aku terpikir untuk merakamkan perbualan ahli mesyuarat semasa mesyuarat sedang berlangsung. ye.. ye.. boleh rakam guna handphone je tapi setakat beberapa minit boleh la kott. handphone aku murah jeee. huhu. mesyuarat tu pulak selagi tak satu jam tak kan tamat kot.

semalam aku cuba-cuba la mencari perakam suara di kedai-kedai yang terpilih. tapi malang tak ku temui yang harganya berpatutan. aku ingatkan perakam suara murah-murah je tapi sebenarnya boleh tahan jugak laa kan harganya. 

kenapa tak minta company sediakan perakam suara tuu???

aku tak pasti la company sediakan ke tak.. aku malas la nak meminta-minta. sebab sebelum ni da macam-macam benda (untuk kegunaan pejabat laa) aku 'request'. haha! jadi kali nie biarlah aku berusaha untuk memiliki sendiri perakam suara tu. nampak la aku bersungguh-sungguh sikit nak menjalankan tugas. ye tak?? ;)

akhirnya aku dah buat keputusan, aku nak beli perakam suara terpakai je. mesti murah sikit kan. lagipon aku bukan nak guna sangat, kegunaan perakam suara tu nanti semasa mesyuarat di pejabat aku je. takde kerja la aku tetiba nak merakam suara tak tentu hala. huhu!

jadi, itulah yang aku nak minta tolong kawan-kawan tadi. ada tak sesiapa di antara kamu semua yang tau di mana boleh aku dapatkan alat perakam suara terpakai??? kalau korang ada, dan rasa nak jual pon boleh jugak. peliss bagitau aku secepat yang mungkin. sebab mesyuarat seterusnya hujung bulan ni.

aku tak tau alat perakam suara dari jenis mana yang bagos. selagi boleh merakam suara dan boleh membantu aku menyiapkan minit mesyuarat tu nanti dah cukup bagus bagi aku.


macam ni la kot rupa alat perakam suara ;)



p/s : nak memilikinya secepat yang mungkin. mintak-mintak ada yang sudi membantu ;)


Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

5 comments:

Miss N™ said...

Pka, kalau beli yang terpakai takut xberapa elok la..better beli baru. puas hati..

ni kalau beli yg terpakai, pakai sminggu pastu rosak, lagi sakit hati kot.

ape2pun fikir betul2..buat pbandingan harga..

dan xsemua barang tpakai xelokkan..tapi kena tgk betul.. :)

Cik Comey said...

cik comey xde pun perakam suara ni cuma bila sebut perakam suara mesti ingat citer full house....hiihii...

Pka Rahim said...

cik nur : betul tu. memang pka lagi suka barang yang baru. tapi sekarang tengah buat belanjawan. haha! kalau yang baru mesti mahal sikit kan. so kalau nak secondhand pon pka akan pilih yang elok2 la. :)

cik comey : aah kan. cita full house. pka suka gila cita tuu. banyak kali layan ;)

dya nasir said...

dya tak ada perakam suara.. rakam guna mp3 dia je bila dalam kelas..hehe

Pka Rahim said...

dya : tula, ritu pka hampir nak beli mp3. tp memikirkan balik pka nak guna untuk rakam suara je, mp3 kan fungsi utama tuk dengar lagu.. so tak jadi la beli mp3. sebab pka jarang dengar lagu. haha!

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!