Wednesday, March 28, 2012

takotnya!!

Assalamualaikum.

haishh apalah yang kurang cerdik sangat aku ni.. nak cakap bo**h macam kasar sangatlah pulak kannn. huhu! 

awal bulan aritu adalah sorang hamba Allah ni telefon aku.. kebetulan aku baru bukak akaun maybank. so orang tu mintak semua details aku termasuk no i/c dan no card cherry aku tu.. dia cakap kalau aku guna kad cherry tu aku boleh dapat macam-macam potongan harga kat shopping mall or hotel yang terpilih under syarikat dia lahh. aku takde lah tertarik sangat dengan promosi dia tu..

tapi aku pon tak tau kenapa.. time orang tu call aku baru je bangun tido. masih mamai mamai lagi.. jadinya time tu aku pergi bagi je semua maklumat yang dia mintak tu.. pas abes je cakap dengan orang tu baru aku boleh berfikir dengan waras.. argghhhhh!!! menjerit dalam hati. aku rasa aku dah tertipu nii. macam mana aku boleh bagi semua maklumat tu.. sangat bahaya okehhh..  lagi-lagi lepas baca entry akak fillanie kita nie..
lagi la aku takottt..

abeslah duet aku kang.. walaupon takde la berjuta-juta kan.. nak selidik pasal company tu serius tak lekat langsung dalam kepala otak aku apa nama company orang tu. maklumlahh tengah mamaikan. okeh okeh kena block cepat cepat ni card cherry aku tu. lepas tu buat je card lain. takde lah hati aku resah gundah gulana tak henti-henti ni..


haishhh! rasa nak tumbuk je orang yang suka tipu orang ni.. geram!!
SUMBER : Google

p/s: kawan-kawan peliss berhati-hati ye. jangan tertipu macam aku :)



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

5 comments:

Filla said...

Haaaaa.... akak dah settle tukar cherry card baru tadi.. charge rm12.. org Maybank kata ATM number tu tak boleh suka suka bagi kat orang.. nanti orang suka-suka debit from accout kita.. lesson untuk semua ;)

Pka Rahim said...

kak filla : tula thanx kak buat entry tu. so semua orang boleh berhati2 lepas ni. :)

~::Chenta::~ said...

Walawei lagik!!!

Ezad Skytech said...

skrg ni mmg kena hati2..mmg akan ada je yg cuba ambil kesempatan mcm ni...

Pka Rahim said...

chenta : lagi ape?? huhu

ezad : tula pasal. macam2 skrg ni :)

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!