Thursday, March 8, 2012

~Meja Comel~


Assalamualaikum.

Malu nak tunjuk... tapi nak tunjuk jugak laaa. hehe! nak tunjuk ni je ponnnn...

meja kerja aku.. dan hak milik syarikat. bolehhh?? ;) tapi sebahagian perhiasan di meja hak milik aku sendiri.


kecik comel je kann meja aku. ini adalah meja atau tempat kedua aku tau. tak tau la nak cita macam mana. tak sampai sebulan lagi pon aku kerja, aku da bertukar jawatan. ikotkan jela sebab itu arahan pihak atasan. ramai rakan-rakan sekerja memberi ucapan tahniah.. terima kasih :) tapi bagi diri aku pulak rasa happy pon ada sedih pon ada. happy sebab dapat jawatan yang aku impikan sangat dari dulu.. tapi sedih sebab baru je nak serasi dan menyesuaikan diri dengan jawatan yang lama tuu. tup tup da kena tukar. 

ish tak mo la cita yang sedih-sedih... haaa korang nampak tak pintu dalam gambar tuu. tula pintu bilik bos aku. hehe! time gambar ni di ambil bos aku takde.. beliau ke KL sebab menghadiri satu mesyuarat. bos aku tu pun sebenarnya baru je ditukarkan ke syarikat aku (wahh wahh macam syarikat tu aku yang punya je bunyi nya.haha..). so aku ngan die sama-sama baru laaa.. harap-harap dia boleh memberi tunjuk ajar kat aku yang baru jugak ni.

Meja aku tu agak kecik kannn. tapi takpe sementara je tuu.. sebab nanti ktorang nak pindah ke bangunan yang baru daaa. eh eh sementara tu takde la sementara sangat.. tahun depan kot baru nak pindah nya. haha! nampak tak kat situ.. aku asek kena berpindah je.. memula pindah dalam pejabat je.. pastu nak kena pindah bangunan yang baru pulak. sabar jelaaa. haaa bab meja kecik tu takpe lah. asalkan aku dapat siapkan kerja on time :) kecik tapi comel kann. (perasannn!!)

p/s : ada tertengok meja kerja kawan-kawan.. wowww da agak-agak macam CEO daaa. hehe!



Kalau suka sila like pelisss. Terima Kasih! ^_^v

4 comments:

Anonymous said...

comel :) akak keje ape ek?

Pka Rahim said...

nur nadzirah : adik rasa akak kerja ape?? teka laaa teka laaa. hehe :)

Lieza Nordin said...

hehehhe.. comel.. simple n kemas.. :D

Pka Rahim said...

aisya lieza : hehe. thank u :)

Hak Cipta Terpelihara Milik Pka Rahim!